PERJUANGAN EKONOMI ISLAM SEJAGAT

oleh Hishamuddin Hussein pada 22 April 2007

 

 

Tazkirah oleh En Hishammuddin Hussein, Penolong Pengurus Perancangan Korporat membentangkan isu

Melayu Islam yang lemah dalam bidang sains ekonomi dan kepelbagaian jenis bidang lagi. Antara

sebabnya adalah mereka lebih suka berdebat dan berfalsafah dalam perkara ranting yang tidak berfaedah

daripada meningkatkan usaha memperkukuhkan ekonomi.

Diambil iktibar dari cerita orang yang saling membunuh menggunakan pedang masing-masing. Yang

membunuh dimasukkan ke neraka dan orang yang dibunuh juga akan turut dimasukkan ke neraka .

Bertanya kepada Rasulullah, baginda menjawab

“Yang tertuduh juga masuk ke neraka kerana dia terlalu berkeinginan untuk membunuh rakannya”.

Berhubung dengan perkara ini Sheikh Hassan dalam Buku “Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat

Islam” dipetik

“Sayang sekali kaum muslimin tidak mensyukuri nikmat Allah. Berabad-abad lamanya umat islam

membuang waktu dan tenaga berbincang berhubung dengan perkara yang tidak

bermanfaat. Sekiranya fokus diberi kepada ilmu yang menguntungkan bagi umat muslim sudah tentu

kedudukan mereka tidaklah seburuk itu”.

Konteks Melayu muslim sekarang banyak membicarakan hal orang, berfikiran negatif, bersangka buruk,

bangga diri, kata mengata, dengki, ego dan sebagainya kerana kita lupa akan firman Allah yang bermaksud

“Kamu adalah sebaik-baik ummah. Kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat

kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah”

Al-Imran Ayat 110.

Di ambang 50 tahun kemerdekaan kita dapat lihat sejauh mana perkembangan ekonomi Islam. Untuk

melihat Islam berjaya dalam ekonomi, dalam perkembangan bisnes berbentuk globalisasi kita perlukan

penguasaan ilmu, politik dan sebagainya. Baru lah kelak kita tidak bergantung kepada bangsa lain.

Hadis riwayat At-Thobrani menyatakan;

“Kesengsaraan yang paling sengsara adalah miskin di dunia dan disiksa di akhirat.”

Oleh itu, kita hendaklah kuat dalam ekonomi kerana tanpa harta umat Islam tidak mampu menjadi umat

yang terbaik di dunia mahupun akhirat. Hendaklah kita bersikap lebih matang dan professional dalam

menjalankan perniagaan cara Islam menjadi umat dan ummah yang kuat.

Puisi “Melayu Mudah Lupa”, patut diambil iktibar dan menghayati dengan sesungguhnya akan Surah Al-Asr

yang diamalkan.

“Demi masa sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan

beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: