BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM PENGENALAN KEPADA EKONOMI Beberapa Konsep Penting

1. Ekonomi
Ekonomi itu sendiri mempunyai banyak takrifnya. Antara takrif yang telah dikemukakan ialah:
* Ekonomi sebagai sains kebajikan (Adam Smith). Iaitu, ekonomi sebagai satu ilmu
untuk mengkaji tentang kebajikan manusia serta cara-cara bagaimana mnjaga dan
meningkatkan kebajikan manusia ini.
* Ekonomi sebagai sains praktikal dalam pengeluaran dan pengagihan kekayaan
(J.S. Mill). Iaitu, ekonomi adalah cara yang bersistem atau cara yang baik untuk
menghasilkan pengeluaran barang dan perkhidmatan untuk manusia dan cara yang
baik untuk mengagihkan kekayaan yang datang dari usaha pengeluaran tadi.
* Ekonomi sebagai satu kajian mengenai tindak-tanduk manusia dalam kehidupan
sehari-sehari – bagaimana dia mendapatkan pendapatan dan bagaimana dia
menggunakan pendapatan itu (Alfred Marshall).
Mengikut teori ekonomi modern, manusia mempunyai kehendak yang tidak terbatas sedangkan
sumber yang ada (termasuk kemampuan, teknologi) adalah terbatas. Oleh itu, jika kita hendak
memuaskan manusia ini kita harus pilih, apakah barang-barang dan perkhidmatan yang penting
yang boleh memenuhi sebanyak mungkin kehendak manusia ini; bagaimana mengeluarkan
barang-barang dan perkhidmatan tadi dengan cara yang paling baik (bermutu, murah, cepat,
memenuhi kehendak manusia, sesuai, dll.); dan untuk siapa barang-barang dan perkhidmatan ini
dikeluarkan. Sekiranya kita dapat menyelesaikan tiga persoalan di atas, iaitu Pertama, Apa
yang patut dikeluarkan? Kedua, Bagaimana mengeluarkan? dan Ketiga, Untuk siapa
dikeluarkan?
Berdasarkan kepada huraian di atas, ekonomi ditakrifkan sebagai ilmu yang menyelesaikan
ketiga-ketiga persoalan manusia di atas. Cuba kita huraikan soalan ini satu persatu.
Apa yang patut dikeluarkan – makanan, pakaian, kenderaan, bangunan, dll. Makanan pula
contohnya, beras, gandum, roti, mentega, daging, sayur, ikan, dll. Beras pula boleh jadi beras
pulut, mahsuri, malinja, siam, basmati, wangi, panjang, pendek, hancur, dll.
Bagaimana mengeluarkan – dengan tangan, dengan jentera, dengan tangan dan jentera, atau
sebelah pagi, sebelah petang, sebelah malam, di Kelantan, di Johor, di Jepun, di Ceruk Ketiak.
Untuk siapa dikeluarkan – untuk orang awam, untuk individu, untuk kerajaan, untuk barisan
pertahanan, untuk orang kaya, miskin, raja, pembesar, dll.
2. Bidang-bidang ekonomi
Ilmu ekonomi ini dibahagikan kepada berbagai bidang pengkhususan. Bidang-bidang yang
terkemuka ialah:
* Teori Ekonomi – merupakan beberapa hukum ekonomi yang digubal berdasarkan
geraklaku manusia, firma, kerajaan, peniaga, dan sebagainya. Teori ekonomi ini
mencakupi semua bidang ekonomi, tetapi biasanya ia dibahagikan kepada dua
bahagian penting. Pertama, ekonomimikro – yang berkaitan dengan satu-satu unit
atau agen ekonomi, seperti individu, firma, kerajaan, pasar. Kedua, ekonomimakro –
yang berkaitan dengan kesemua agen ekonomi atau keseluruhan ekonomi dengan
melihat perhubungan antara agen-agen ekonomi tadi.
* Ekonomi Kebajikan – tentang kebajikan manusia, apa yang meningkatkan atau
mengurangkan kebajikan manusia, bagaimana melakukannya, kesan sesuatu projek
(pembalakan, lebuhraya, bangunan, padang golf) terhadap kebajikan masyarakat, dll.
* Ekonomi Pembangunan dan Perancangan – tentang kaedah-kaedah pembangunan
dan perancangan. Apa yang patut dilakukan untuk meningkatkan kemakmuran
manusia?
* Ekonomi Pertanian – segala ilmu ekonomi berkaitan dengan pertanian, tidak
termasuk bagaimana menyuburkan tanaman dll.
* Ekonomi Sumber alam – segala ilmu ekonomi yang berkaitan dengan sumber alam
termasuk sumber hutan, sumber air, sumber galian, tanah, dll.
* Ekonomi Kewangan – tentang wang, bank, inflasi, faedah, pasaran wang, pasaran
modal (saham & komoditi), sistem kewangan, dan sebagainya.
* Ekonomi Pembiayaan Awam – tentang hasil atau pendapatan dan perbelanjaan
kerajaan, berbagai jenis cukai (fiskal), belanjawan, dan sebagainya.
* Ekonomi Antarabangsa – mengenai perdagangan antarabangsa, pasaran
antarabangsa, kewangan antarabangsa, pertukaran wang asing, pinjaman luar,
pelaburan asing, dll.
Bidang-bidang lain seperti perniagaan (muamalat), statistik, ekonometrik, perakaunan, dll. telah
diasingkan dari ekonomi kerana bidang-bidang modern ini dianggap sebagai disiplin tersendiri.
3. Agen-Agen Ekonomi
Agen-agen ekonomi adalah unit-unit ekonomi yang memainkan peranan tertentu dalam ekonomi.
Misalnya, pengguna (terdiri daripada individu, firma, kerajaan), dan pengeluar (firma, kerajaan,
indvidu).
* Pengguna ialah agen yang menentukan apa yang mereka kehendaki, berapa banyak,
bila, di mana. Pengguna menentukan permintaan bergantung pada harga, cita rasa,
pendapatannya dan harga barang-barang lain. Pengguna ingin memaksimumkan
kepuasan dari penggunaan barang-barang dan perkhidmatan tertakluk kepada
pendapatan yang ada padanya.
* Pengeluar menghasilkan barang dan perkhidmatan sama ada untuk penggunaan
(iaiatu yang diminta untuk penggunaan akhir) atau sebagai input iaiatu bahan yang
akan digunakan untuk pengluaran (penggunaan perantaraan).
4. Faktor-Faktor Pengeluaran
Faktor pengeluaran adalah perkara-perkara utam yang perlu untuk menghasilkan sesuatu barang
atau perkhidmatan. Dalam teori ekonomi moden, ada empat faktor pengeluaran. Modal, Buruh,
Tanah dan Pengusaha.
* Modal termasuk wang tunai atau wang dalam bentuk cek, draft, jentera, kilang, alatalat
yang digunakan dalam pengeluaran seperti komputer, gergaji, dan sebagainya.
Modal ini terbahagi kepada dua jenis, modal cair (wang dalam segala bentuknya) dan
modal tetap (kilang, jentera dll.) Pulangan kepada modal ialah faedah.
* Buruh ialah segala jenis tenaga buruh selain dari pengusaha. Pulangan kepada
buruh ialah upah.
* Tanah termasuk tapak, ladang pertanian, dll. Pulangan kepada tanah ialah sewa.
* Pengusaha ialah orang yang menjelmakan ide bagi mengeluarkan sesuatu. Pulangan
kepada pengusaha ialah untung.
5. Sektor-Sektor Ekonomi
Ekonomi biasanya dibahagikan kepada beberapa sektor. Pada prinsipnya, ada tiga sektor penting,
iaitu Sektor Utama, Sektor Kedua dan Sektor Ketiga. Pembahagian ini dibuat mengikut
kesesuaian dan kemudahan menganalisis.
* Sektor Utama atau Pertama mengandungi sektor pertanian, perhutanan dan
perlombongan. Ketiga-tiga kegiatan ini menghasilkan apa yang dikatakan sebagai
barang utama atau komoditi.
* Sektor Kedua biasanya mengandungi sektor-sektor pembuatan dan binaan. Kita
perhatikan bahawa sektor-sektor ini melibatkan penghasilan barang atau bangunan
yang bungkal.
* Sektor Ketiga mengandungi semua industri yang menghasilkan perkhidmatan.
Sektor-sektor yang terkandung di dalamnya ialah Sektor utiliti (air, letrik), Bank dan
Insurans, Kerajaan, Pemborongan dan Peruncitan.
Ekonomi juga boleh dibahagikan kepada tiga mengikut siapa yang menjalankannya, iaitu,
Kerajaan, Swasta dan Sukarela. Pembahagian ini adalah juga sesuai untuk menganalisis ekonomi
Islam.
6. Sistem Ekonomi
Sistem ekonomi ialah cara sesuatu ekonomi disusun, dikawal dan dilaksanakan. Jenis sistem
yang dilaksanakan bergantung kepada falsafah yang dipegang oleh masyarakat yang
menggiatkan ekonominya. Falsafah ini akan menentukan hukum-hukum ekonomi, institusi yang
ditubuhkan serta cara kegiatan ekonomi disusun dan dilaksanakan. Sistem yang rata diamalkan
ialah sistem ekonomi campuran antara kapitalis dan sosialis.
Disediakan oleh
Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: