BIARKAN SAJA HATI BERBICARA

BIARKAN SAHAJA HATI BERBICARA 

MENGISAHKAN KISAH HIDUP SERI DAN YAZID DARI WAKTU ALAM

UNIVERSITI SEHINGGA ALAM PEKERJAAN. APAPUN, BIARPUN DI ANTARA

MEREKA ADA CINTA YANG PERNAH BERPUTIK TETAPI FAHAMAN YANG

BERBEZA MEMISAHKAN MEREKA DARI MEREALISASIKAN IMPIAN YANG

PERNAH TERCIPTA DAN MEREKA KINI TERPISAH JAUH.

MASING-MASING KINI MELAYARI HIDUP SENDIRI DENGAN MENYIMPAN

1001 KENANGAN YANG PERNAH TERCIPTA. ADAKAH TAKDIR AKAN

MENEMUKAN MEREKA KEMBALI?…

Kelihatan dari kejauhan anak-anak kecil berlari-lari merentas dan memijak pasir putih

di pantai itu sambil bergelak ketawa. Keriangan mereka mengusik rasa seorang

perempuan yang sedang merenung jauh kepada lautan membiru yang terbentang luas

sejauh mata memandang. Perempuan itu tersenyum dan mengenang kembali kenangan

sewaktu kecilnya. Itulah juga kenangan yang terpahat sewaktu dia masih anak-anak

lagi.

Ah! cepatnya masa berlalu. Serasa baru sebentar kenangan itu tercipta rupa-rupanya

kenangan itu tidak bersempadan masa. Selagi ia dinamakan kenangan, selagi itu ia

tetap segar dalam ingatan.

Perempuan itu menghela sebuah keluhan yang berat dan mengerutkan dahinya sendiri.

Dia berkata kepada dirinya, mengapa aku terlalu jauh dibawa kenangan sedangkan

semua itu adalah kenangan dan hari ini adalah realiti yang harus ditempuhi. Rupanya

aku ini terbawa rindu yang tidak bertapak di alam realiti.

Perempuan itu merenung pula ke atas. Indahnya alam ciptaan Tuhan. Terbentang

langit biru dipagari awan putih yang kelihatan sempurna terlukis.

Hatinya berdetik, Tuhan tidak kau jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Hanya manusia

yang buta hati dan rasanya sahaja yang tidak pandai menilai keindahan dan

kesempurnaan ini.

2

Maha suci Engkau Ya Tuhan. Dalam keasyikan itu, tidak disedarinya masapun

berlalu, ditemani deburan ombak dan angin silir semilir meniup nyiur yang melambailambai

melagukan irama yang sungguh mendamaikan.

 

Tatkala langit biru sudah bertukar menjadi lembayung senja nan merah, dan

mentaripun sudah semakin hilang dari pandangan mata, perempuan itu bangun sambil

mengibas-ngibas kaki kainnya yang terlekat pada pasir-pasir di pantai itu. Dia menuju

ke sebuah kereta biru lalu berlalu dengan kereta itu menuju ke satu destinasi.

Itulah Seri, seorang gadis yang pernah bertapak di hati Yazid suatu ketika dulu. Yang

pernah bersama-sama sekampus dengan Yazid. Yang pernah mencipta impian dan

harapan bersama Yazid untuk melayari kehidupan ini dalam satu ikatan yang abadi.

Kasihan Seri dan Yazid, impian dan harapan mereka tidak kesampaian. Bukan kerana

kesetiaan antara mereka yang tercalar tetapi masing-masing ada pendirian dan

fahaman yang tersendiri. Walaupun kesetiaan, kasih dan sayang itu masih terpahat

kukuh tetapi mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah. Alangkah anehnya

kisah mereka ini.

Ya memang cinta itu boleh dimiliki oleh hati tetapi memiliki hati bukan bererti

memiliki orang yang dicintai. Mungkin inilah cinta yang murni dan sejati.

Pengorbanan sebuah percintaan atas dasar mereka tidak dapat bersama kerana

berlainan fahaman. Mereka bimbang perbezaan itu akan mencalarkan hati masingmasing

dan memusnahkan kasih sayang antara mereka.

Yazid kini berada jauh di perantauan. Membawa sekeping hati dan membawa diri jauh

dari tanah air tercinta. Tidak ada lagi mawar merah yang akan disimpan untuk Seri

dan diciumnya setiap malam mendatang. Tidak ada lagi harapan dan impian semalam,

yang tinggal hanya sebuah kenangan silam. Cuma yang ada hanya sehelai sapu tangan

yang dihadiahkan oleh Seri di saat akhir pertemuan mereka.

3

Seri meneruskan sisa-sisa kehidupan yang ada. Mereka harus pasrah pada keputusan

yang telah dilakukan bersama dengan penuh rela. Dia kini sudah dimiliki oleh

seseorang yang amat mencintai dirinya. Itulah yang dikatakan jodoh, siapa tahu

pemuda pendiam dan tampan itu memang menaruh hati padanya. Apa lagi yang harus

dilakukan oleh seorang gadis sepertinya selain menerima lamaran ikhlas tersebut dan

berjanji kepada diri sendiri untuk berusaha menjadi seorang isteri yang sebaik

mungkin.

Cuma kadang-kadang tiada siapa yang dapat meneka apa yang ada di dalam hatinya,

kerana kenangan itu tetap tinggal sebagai kenangan. Selagi ia bernama kenangan,

akan ada rasa rindu yang berbaur dan tidak terjangkau oleh akal, ia adalah bicara hati

yang tidak ada sempadannya.

Cuma dari kejauhan ini, Seri sentiasa mendoakan agar Yazid bertemu seseorang yang

sama sefahaman dengannya dan lebih baik dan sempurna dari dirinya. Kebahagiaan

Yazid adalah kebahagiaan dirinya juga.

Biarlah masa memisahkan mereka dan situasi juga turut berubah, namun mereka tahu

ada kenangan yang tidak akan luput dari ingatan masing-masing. Suatu ketika nanti, di

atas pengorbanan itu akan lahir kasih sayang yang akan berpanjangan dan menjadi

kesinambungan walaupun bukan mereka berdua yang melakarkannya.

Sedar-sedar Seri sudah sampai di hadapan sebuah rumah comel di pinggir bandar

metropolitan itu. Kelihatan seorang anak kecil bermain-main di luar sambil melambailambaikan

tangan padanya. Itulah Sofea Nafisah, buah hati Seri yang cukup keletah

dan manja. Wajahnya seiras Seri, berkulit putih kuning dan mempunyai senyuman

yang cukup manis. Pipinya yang gebu itu selalu membuat orang lain yang

memandangnya akan menyapa dan mengusik pipi gebunya itu.

Anak kecil itu terlonjak-lonjak kegembiraan apabila Seri keluar dari pintu keretanya.

Ibu, ibu ke mana tadi ? terlontar suara halus dari bibirnya yang mungil itu.

Ibu, keluar sekejap tadi, ada hal sikit, sayang dah mandi ke?

Seri bertanya kepada anaknya. Pia, dah mandi, nenek yang mandikan. Oh baguslah,

good girl, jawab Seri.

4

Pia anak kecil manja itu, nama penuhnya Sofea Nafisah binti Mohd Aiman. Mohd

Aiman, itulah nama suami Seri. Suaminya itu adalah kenalannya sejak dari kecil,

kedua-dua ibu bapa mereka saling kenal mengenali antara satu sama lain kerana ayah

Seri dan ayah mertuanya adalah rakan satu tempat kerja. Bagaimanapun, apabila ayah

Seri bertukar kerja dan berpindah ke Pahang, mereka tidak lagi berjumpa. Hanya

setelah Seri melanjutkan pengajiannya di UKM, mereka sekeluarga kembali

berkesempatan bertemu kembali.

Memang sewaktu kecil Seri manja dengan Aiman. Jarak usia mereka berbeza

sebanyak empat tahun. Seri menganggap Aiman seperti abangnya. Aiman memang

lembut dan pengasih kerana itu Seri cukup senang menghabiskan masanya bersama

Aiman ketika itu. Tidak sangka setelah hampir 20 tahun mereka diketemukan

kembali. Aiman ketika itu sudah menjawat jawatan sebagai seorang jurutera setelah

menamatkan pengajiannya di luar negara. Seri pula masih lagi dalam pengajian

peringkat sarjananya di UKM.

Seri memang tidak menyangka Aiman menaruh hati padanya sejak pertemuan itu.

Memang Aiman ada mengutus e-mel pada Seri menyatakan kegembiraannya dapat

bertemu kembali dengan Seri setelah sekian lama terpisah. Yang Seri tidak lupa katakata

Aiman di dalam e-melnya itu.

Abang tidak sangka gadis kecil yang comot dulu tu dah membesar menjadi seorang

gadis yang cantik dan manis. Apakah boleh abang mengenali dirimu dengan lebih

dekat lagi?. Ah, nakal juga si Aiman ni, bisik Seri sendiri setelah membaca e-mel itu.

Tetapi bagi Seri e-mel itu tidak bermakna apa-apa kerana hatinya masih tetap pada

Yazid.

Sengaja Aiman mengusik aku, takkan ler selama-lama ini dia tak ada yang istimewa,

biasalah memang dari kecil dulu dia suka mengusik aku, Seri berdialog dengan

dirinya.

Apa pun, akhirnya persoalan terjawab juga tatkala keluarga Aiman datang merisik

dirinya. Seri hanya pasrah pada takdir yang harus dilaluinya. Lamaran itu tiba setelah

dia dan Yazid telah membuat keputusan untuk berpisah. Apa lagi yang harus Seri

lakukan selain dari menerima lamaran itu. Itulah pengorbanan di atas sebuah

keputusan yang mereka sudah meterai bersama.

Seri terkejut dari lamunan apabila Pia datang dan duduk di ribaannya.

Ibu, malam ini Pia ndak ibu masak ayam masak merah, cepatlah bu, Pia lapar ni.

Sambil mengelus lembut rambut anaknya Seri berkata, tunggu ibu mandi dulu

yer…dah nak masuk maghrib ni. Lepas solat baru ibu masak ok sayang.

Anak itu mengangguk dan pergi mencari neneknya di kamar tamu.

Seri melihat jam tangannya. Hermm…dah hampir 7. 20 malam. Bisiknya lagi.

5

Aiman suaminya pun belum balik lagi. Dia cepat-cepat menukar pakaian dan masuk

ke kamar mandi. Terasa segar apabila air menyiram dingin membasahi dirinya, Seri

bernyanyi-nyanyi kecil.

Teringat dia kepada Yazid, yang suka mengusik dirinya.

Seri, nyanyilah satu lagu untuk aku ni. Suara kau tu merdu dan menusuk kalbu,

hehehe…

Ishkk, kau ni Yazid, ingat Seri ni radio ker…asyik suruh Seri menyanyi jer…pi ler balik

hostel pasang radio, tak kuasa Seri nak nyanyi untuk kau..bukan dapat apa pun..nak

belanja Seri makan roti canai pun kau tak ada duit. Apa ler punya kawan.

Ya, memang Yazid selalu mengusik Seri kerana baginya Seri adalah gadis yang jarang

marah dan berhati lembut. Tetapi Yazid tahu, kalau Seri marah sekalipun, dia tidak

akan menunjukkan kemarahan itu terang-terang. Dia lebih suka mendiamkan diri dan

memujuk hati sendiri sehingga sejuk kembali.

Seri memang begitu, tidak suka mengeruhkan suasana kerana itu Yazid akan cukup

merasa kehilangan apabila Seri tidak ada di sisinya kerana keceriaan Seri itulah yang

mengisi hari-harinya di kampus itu.

Yazid dan Seri ibarat merpati dua sejoli di kampus waktu itu. Walaupun mereka rapat,

tetapi antara mereka berdua hanyalah sekadar kawan biasa. Tidak pernah terucap rasa

sayang di dalam perhubungan mereka berdua. Namun, begitu tidak ada siapa yang

menyangka sedemikian memandangkan rapatnya hubungan mereka itu.

Bagi Seri, hubungannya dengan Yazid itu adalah satu jalan untuk dia lari dari

gangguan pelajar-pelajar lelaki lain yang selalu mengusik dan cuba memikat hatinya.

Seri belum bersedia untuk menjalinkan apa-apa hubungan istimewa dengan

sesiapapun. Lagipun Seri sudah berazam sejak pertama kali kakinya menjejakkan kaki

ke kampus itu, dia tidak akan mencari cinta kerana selagi tujuannya untuk

memperoleh sekeping ijazah belum tercapai, hatinya akan ditutup dari mencintai atau

dicintai.

6

Tetapi kehidupan tidak semudah itu di kampus itu. Terlalu banyak ujian dan dugaan

yang tiba untuk gadis semanis Seri. Mujur ada Yazid yang memahami masalah yang

dihadapinya. Seri percaya pada Yazid kerana Yazid memang jujur dan sentiasa

membantu beliau di dalam pelajarannya. Jejaka nakal itu tidak pernah mengambil

kesempatan ke atas dirinya walaupun kadang-kadang kenakalannya mencuit seribu

satu rasa di hati Seri.

Teringat Seri tentang satu peristiwa semasa musim konvo. Mereka berdua mewakili

fakulti mengambil inisiatif untuk berniaga bunga segar. Tidak disangka sama sekali

oleh Seri, sedang dia sibuk menyusun bunga-bunga yang akan dijual itu, Yazid datang

menghampirinya dan terus berlutut.

Yazid berkata, Wahai Seri pujaan hatiku, terimalah sekuntum bunga mawar merah ini

khas buatmu.

Aduh, malunya Seri merah padam mukanya waktu itu. Kawan-kawan yang lain hanya

mentertawakan gelagat si Yazid itu.

Tetapi Seri cuba menyembunyikan perasaan terharu dan malunya itu, dengan berkata,

Eh, bunga-bunga kita tak main ler, kalau betul nak membantu, tolong beli mee goreng

kat gerai sana tu, Seri lapar tahu. Bunga ni bukan boleh makan.

Seri lihat muka Yazid juga merah padam setelah mendengar jawapannya. Tetapi dek

kerana malunya, dia buat tidak kisah sahaja pada reaksi Yazid tersebut.

Sejak itu, terdetik satu perasaan yang agak istimewa di hati Seri terhadap Yazid. Entah

mengapa hatinya sendiripun tidak mengerti.

Yazid berasal dari negeri jelapang padi. Yazid selalu bercerita dengan Seri mengenai

keseronokan beliau sewaktu musim menuai padi dan bermain layang-layang di tengah

sawah padi. Seri selalu menjadi pendengar setia pada cerita-cerita Yazid. Yazid tidak

mempunyai adik-beradik perempuan, kesemua abangnya lelaki dan beliau anak

bongsu dalam keluarganya.

Seri selalu mengusiknya, patut ler manja sebab anak bongsu kata Seri kepada Yazid.

Seri juga anak tunggal perempuan di dalam keluarganya. Mereka berdua selalu

mengusik antara satu sama lain dengan mengejek masing-masing sebagai anak manja.

7

 

Teringin sekali Seri melawat kampung di mana Yazid tinggal. Tetapi tidak pernah

sekalipun dia menyuarakan hasratnya itu kepada Yazid. Sesekali pernah juga dia

melalui negeri Jelapang Padi itu sewaktu mengikut ibu bapanya mengunjungi sanak

saudara mereka di utara tanah air. Memang cantik pemandangan sawah padi sewaktu

padi sedang masak menguning. Seri asyik sekali dengan pemandangan yang indah itu.

Patutlah Yazid selalu teringat pada kampung halamannya, bisik Seri.

Telah hampir 4 tahun, Seri tidak mendengar sebarang berita tentang Yazid. Memang

mereka sengaja memutuskan hubungan sejak pertemuan terakhir itu. Seri masih

menyimpan sketch book yang dihadiahkan oleh Yazid kepadanya sebagai kenangkenangan

sewaktu pertemuan terakhir itu.

Buku itu menyimpan segala kenangan yang telah mereka lakarkan bersama di

kampus. Memang Yazid pandai melukis dan Seri mengkagumi bakatnya itu. Itulah

kenang-kenangan yang tinggal untuk Seri. Tanpa disedari, ada air mata yang

bergenang di kelopak mata Seri. Dia biarkan sahaja air mata itu turun membasahi

pipinya. Kabur sekejap pandangannya dek kerana air mata itu.

Ah Yazid, entah di mana kau berada sekarang, entah di pulau mana kau berada,

entah hidup entah mati, bahagiakah engkau, deritakah engkau di negara orang.

Alangkah pedihnya menanggung rindu pada sesuatu yang dia sendiri tahu tiada

jawapannya.

Seakan-akan tergiang-giang ditelinganya bait-bait lagu lama yang begitu indah irama

dan liriknya

8

Sunyi dan sepi…

Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru

Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda

Ku nanti dikau…

Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa

Akhirnya…

Yang ku nantikan tak kunjung tiba… oh…

Tiada kata tiada pesanan untuk ku

Yang engkau tinggalkan sayang…

Menghilangkan diri tanpa pesan

Ku ditinggal…

Pada siapa harus ku bertanya

Pada bulan atau angin lalu

Di manakah kini kau berada kasih…

Tiada kata tiada pesanan untuk ku

Yang engkau tinggalkan sayang

Menghilangkan diri tanpa pesan

Ku ditinggal…

Kepada siapa harus ku bertanya

Pada bulan atau angin lalu

Di manakah kini kau berada kasih…

Tersenyum aku…

Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau

Yang tinggal…

Hanya gambar jua tandamata dan kenangan

Tiada terduga…

Yang ini harus terjadi di malam begini

Mungkinkah…

Kitakan bersua lagi…

Ibu, mengapa ibu menangis ?…tersentak Seri dengan pertanyaan itu..

Eh tak ler Pia, bukan ker ibu sedang hiris bawang ni, pedih tahu mata ibu ni. Pia

pergi kat nenek yer..ibu nak masak cepat ni, nanti abah Pia balik sekejap lagi..pi

tunggu kat ruang tamu tau…

Tiba-tiba Seri terdengar deringan telefon. Cepat-cepat Seri ke ruang tamu dan

mengangkat telefon itu.

Terdengar suara suaminya mengucapkan salam dan berkata, Seri, abang balik lambat

sikit hari ini, ada masalah dengan mesin kat kilang.

9

Ye ke, oklah, tapi jangan lambat sangat tau, Pia tu kalau nak tidur, mesti nak ada

abang, kalau tak meragam nanti, jawab Seri.

InsyaAllah, kata suaminya.

Seri kembali ke dapur untuk menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi.

Ermm, malam ni masak simple ajer ler, ayam masak merah dan goreng sawi, oklah

tu, bisik hatinya.

Terdengar dari jauh, anaknya Pia sedang menyanyi. Sayup-sayup suara halusnya

kedengaran menyebut bait-bait nasyid yang dilagukannya itu. BILA mata tidak dapat

melihat, jangan anggap sesuatu tidak ada, BILA telinga tidak mendengar suara,

jangan anggap suara tidak ada, tersenyum Seri mendengarnya.

Bila mata tidak dapat melihat

Jangan anggap sesuatu tidak ada

Bila telinga tidak mendengar suara

Jangan anggap suara tidak ada

Subhanallah (3x) Maha Suci Allah

Bila akal tidak dapat memikirkan

Jangan anggap sesuatu tidak ada

Bila hati tidak terbuka

Hingga tak dapat lihat mawaro-ul madah

Jangan anggap ia tidak ada di luar alam nyata

Subhanallah (3x) Maha Suci Allah

Bila lidah tidak dapat merasa

Atau sentuhan badan tidak terasa

Rasa dalam Ainul-zat

Jangan anggap rasa tidak ada dalam zat

Kerana yang ada tetap ada

Walaupun tidak dapat di buktikan

Oleh alat-alat perasa

Begitulah Allah yang Maha hebat

Allah Maha Hebat menjadikan segalanya

Allah Maha Hebat menciptakan seluruhnya

Subhanallah (3x) Maha Suci Allah

Memang dia selalu memasang nasyid nyanyian Mawaddah Kecil itu apabila

membawa Pia menaiki kereta bersamanya. Kadang-kadang dia sendiri yang

melagukan nasyid itu sebab melodi nasyid itu memang menarik.

10

Ah, si Pia ni seperti aku juga suka menyanyi, yer lah, mana tumpahnya kuah kalau

tidak ke nasi, bisik Seri.

Cuma zaman aku kecil dulu, jarang dapat dengar lagu nasyid, tidak sebanyak zaman

ini, Bertuah budak sekarang, dari kecil lagi sudah dibesarkan dengan lagu-lagu

kerohanian, getus hatinya.

Nasib baik juga aku ni pemalu bab menyanyi secara public ni, kalau tak mungkin juga

teringin masuk pertandingan menyanyi, bisik hatinya.

Teringat Seri kepada anak saudara perempuannya, Amira, yang suka menyanyi dan

aktif masuk pertandingan menyanyi sejak dari sekolah rendah lagi.

Seri teringat kenangan zaman persekolahannya. Dia memang suka melibatkan diri

dalam acara perbahasan, syarahan, pantun, dan sebarang acara yang melibatkan

pengucapan umum.

Harap-harap si Piapun nanti ikut jejak langkah aku juga, bolehlah aku ajar dia nanti.

Kalau tak sia-sia pula pengalaman yang pernah aku lalui semasa zaman

persekolahan dulu, getus hatinya lagi.

Tetapi kalau memang Pia berbakat, tak susah sangat nak diajar, dia dulupun tak ada

siapa yang ajarpun, memang mungkin itulah bakat semulajadi yang diberikan oleh

Tuhan kepadanya.

Seperti bakat melukis juga, seorang pelukis itu memang dilahirkan dengan bakat

melukis, jika diberi pensil dan warna, tentu sahaja bakat itu akan terserlah ke atas

kertas.

Seperti Yazid, aku suka melihat dia melukis, ada seni dalam lakarannya walaupun

secara spontan sahaja. Kalau suruh aku melukis, gambar kucingpun jadi anjing,

tersenyum Seri mengenangkan dirinya yang memang tidak berbakat melukis itu.

11

Itulah kebesaran Tuhan, setiap individu dilahirkan dengan bakat yang berlainan,

bisik hatinya.

Kalau Yazidpun disuruh beri syarahan depan orang ramaipun, mungkin dia tidak

dapat melakukan sebaik aku. Mungkin dia akan beri syarahan tanpa intonasi yang

tepat dan gaya yang bersesuaian. Ayat mana yang perlu ditekan pengucapannya, ayat

mana yang perlu dilembutkan pengucapannya, semua itu perlu seni pengucapan juga.

Perlu juga pandai membezakan gaya, kalau syarahan lain kaedahnya, bahas lain

kaedahnya, ceramah lain kaedahnya, tak serupa.

Seperti sebuah gubahan lagu, pengucapanpun perlukan irama yang tersendiri juga.

Barulah indah untuk didengar dan dihayati.

Kalau tidak nanti berbunyi seperti lagu rap sahaja, entah di mana keindahannya, Seri

berfalsafah sendiri.

Seri terfikir sejenak. Ah, minggu inipun aku ditugaskan untuk jadi pengacara majlis di

satu kursus motivasi anjuran Rufaqa.

Ermm…apa persediaan yang perlu aku lakukan ye..getus hatinya.

Sediakan diri sahajalah, teks pun tak perlu buat sebab acaranya santai sahaja bukan

ada VIP pun yang hadir, setakat peserta kursus sahaja, dia menenangkan hatinya.

Seri memang biasa dijemput menjadi pengacara majlis sama ada di tempat dia

bekerja, di tempat dia belajar malah di majlis perkahwinanpun dia pernah dijemput

menjadi pengacara majlis. Itu juga sumbangan yang dapat aku berikan sebagai

menghargai bakat yang Allah berikan kepada aku.

Kita ini sebagai manusia biarlah sentiasa dapat memberi manafaat kepada manusia

lain. Dia bermuhasabah diri.

Rasulullah SAWpun pernah bersabda : Sebaik-baik manusia adalah manusia yang

banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

12

Dari kitab hadis mana ye, aku kutip hadis ini?..Iskk..lupa pula.

Teringat dia pada kawannya Azhan, anak jirannya di kampung. Dia selalu

mengingatkan Seri bahawa jangan mudah-mudah sahaja menerima hadis dari manamana

sumber yang tidak diketahui perawinya. Maklum si Azhan ini kelulusan Al

Azhar, cuma yang Seri hairannya, selepas tamat pengajian tak minat pula si Azhan ni

jadi ustaz atau pengajar. Dia lebih berminat bekerja sebagai polis.

Sekarang, orang dah tak panggil si Azhan ni ustaz lagi, tetapi ASP Azhan.

Ermm…umur aku dan dia sama, kenapa dia tak kahwin lagi yer..

Kesian dah jenuh mak bapanya carikan calun menantu tetapi tak ada lagi yang

sangkut.

Entah apalah si Azhan ni nak tunggu, umurpun dah semakin meningkat. Bisik hatinya.

Sejak Seri berkawan rapat dengan jemaah rufaqa ini, setiap minggu memang ada

sahaja aktiviti yang harus dihadiri beliau. Seri merasa seronok berkawan dengan orang

rufaqa sebab mereka ini pandai membawa diri dan pandai berstrategi serta mengikut

arus perdana semasa sewaktu berdakwah di tengah masyarakat. Seri teringat di zaman

Arqam dahulu, mereka membina perkampungan-perkampungan islam contoh.

Tetapi sekarang di era Rufaqa, perkampungan-perkampungan itu sudah tiada dan

sudah dinaiktaraf sebagai bandar-bandar Islam pula. Nampaknya perjuangan Ustaz

Ashaari semakin glokal seiring dengan masa, sekarang inipun sudah ada lebih dari

500 projek Rufaqa di seluruh dunia. Seri merasakan sepatutnya masyarakat di

Malaysia membuka mata kepada corak perjuangan Ustaz Ashaari atau lebih dikenali

dengan panggilan Abuya di kalangan pengikut dan simpatinya itu. Beliau juga pernah

berkesempatan bertemu dengan Abuya dan sempat menghadiri majlis ilmu yang

diadakan oleh beliau. Seri berpendapat bahawa kaedah majlis ilmu yang dijalankan

oleh Abuya sangat menarik hatinya. Pendekatan yang dibawa oleh beliau sangat unik

dan terbuka. Malah tidak salah kalau dia menyatakan bahawa Abuya memberi kuliah

setaraf dengan kuliah yang diberikan oleh Profesor di Universiti.

Ermm, Prof aku kat U pun tidak dapat mengupas isu yang disampaikan sehalus dan

sehikmah Abuya mengupas persoalan, bisik hatinya.

13

Patutlah ramai di antara jemaah dalam Rufaqa yang tinggi akademiknya kerana

mereka sedar bahawa ilmu yang disampaikan oleh Abuya adalah ilmu yang sangat

unik dan mempunyai nilai yang tinggi.

Bukan di Malaysia ini sahaja, ramai sekarang ini yang berada di luar negara yang

sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pascasiswazah sepertinya juga menjadi

simpati dan menyokong perjuangan Abuya.

Malah salah satu laman web yang dianjurkan oleh Rufaqa iaitu rufaqadaily.com pun

adalah hasil sumbangan dari golongan-golongan terpelajar inilah yang mengumpul

dan menyusun minda-minda Ustaz Ashaari dan menyebarkannya menerusi internet.

Harap-harap Yazidpun akan terjumpa dengan laman web ini sebab dia tahu sejak

dahulu lagi aku memang rapat dengan jemaah ini, harapan Seri menggunung tinggi.

Terdengar di luar rumah hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulillah, sejuk sikit

udara malam ini, bisik hati Seri.

Sambil meletakkan ayam untuk digoreng di dalam kuali, dia teringat kenangannya

dengan Yazid.

Ada satu lagu kegemaran Yazid yang masih dia ingat. Sebuah lagu lama yang Seripun

tidak tahu siapa penyanyinya. Cuma yang diingatnya adalah tajuk lagu tersebut dan

sedikit bait liriknya.

Raindrops Keep Falling On My Head

But That Doesn’t Mean My Eyes Will Soon Be Turning Red

Crying’s Not For Me

’Cause I Ain’t Gonna Stop The Rain By Complaining

Because I’m Free, Nothin’s Bothering Me

Seakan terdengar ditelinganya Yazid menyanyikan lagu itu dan dia turut sekali

mengikuti lirik yang dinyanyikan oleh Yazid itu. Seri selalu menegur Yazid,

Yazid awak ni kan kalau nyanyi memang sumbang nadanya, lagu yang sedap dah jadi

tak sedap.

Yazid hanya ketawa mendengar komen Seri.

Teringat Seri semasa Yazid sedang melanjutkan pelajarannya di luar negara dahulu,

Yazid pernah menghantarkan fail audionya yang menyanyikan sebuah lagu Ebiet G.

Ade, Elegi Esok Pagi .

Lagu itu memang sedap didengar tetapi entah kenapa apabila Yazid menyanyikannya,

Seri mesti terasa geli hati pula mendengarnya.

Maafkan Seri, Yazid…Seri bukan sengaja ketawakan Yazid, bisik hatinya.

14

Seri ada bertanya kepada Yazid kenapa korus lagu itu ditinggalkan,

Yazid berkata padanya, Seri kalau aku sebut korusnya HO, HO, Ho tu, nanti jadi

seperti bunyi Santa Claus masa krismas pulak.

Tidak tertahan Seri ketawakan Yazid kerana memberi alasan itu. Ada ke patut dia

kata cam bunyi Santa Claus sebut HO, HO, HO, rungut Seri.

Begitulah Yazid, lembut dan tidak pandai untuk menunjukkan kemarahannya. Sebab

itu Seri berani untuk mengeluarkan pendapatnya. Apapun, disebalik perangai kelakar

si Yazid ini, Seri tahu dia ini sentimental dan halus perasaannya. Kalau tidak masakan

lagu sepuitis ini menjadi minatnya.

Suatu ketika, semasa mereka di dalam perjalanan balik ke asrama, mereka

terperangkap di tengah hujan yang turun tiba-tiba. Tanpa payung dan tanpa tempat

berteduh mereka terpaksa meredah hujan tersebut. Yazid menawarkannya jaket

hitamnya untuk menutup kepala dari ditimpa hujan itu.

Tetapi Seri menolak dan menyatakan, Tak yah lah Yazid, biar sama-sama basah,

susah sama susah, senang sama senang, itulah maknanya kawan.

Apa kata kita anggap hujan ni sebagai hiburan, nyanyi ler Yazid lagu Raindrops keep

falling on my head tu…sesuai sangat le time ni, Seri melaungkan pada Yazid dalam

hujan yang sudah semakin reda itu.

Ah, tersenyum Seri mengingatkan kenangan itu. Kelakar betul, getus hatinya.

Mereka seperti anak-anak kecil yang tidak ada masalah, menyanyi-nyanyi di tengah

hujan sambil berlari-lari anak menuju ke asrama.

Macam filem hindustan pun ada juga, cuma bezanya tak tukar baju ajer, Seri

tersenyum sendiri.

15

Seri memang tidak minat lihat filem hindustan, entah mengapa. Sejak dari kecil lagi,

apabila TV di rumahnya ada siaran filem hindustan, mulalah dia berdiri depan skrin

TV bagi menghalang orang lain menonton siaran itu.

Ah, nakal juga aku ni masa kecil, getus hatinya. Dia cuma tahu ada satu filem

hindustan sahaja iaitu Bobby. Itu pun sebab masa di asrama dulu, sewaktu masa

senggang menunggu kertas SPM seterusnya, guru asrama sekolahnya memasang filem

tersebut.

Ermm..semua filem lama yang diberikan oleh gurunya untuk ditonton mereka.

Ishkkk..masa filem Bobby ni di buatpun aku pun tak lahir lagi, rungut Seri.

Memang banyak hari juga tertunda kertas terakhir SPM tahun itu disebabkan banjir di

seluruh negara. Sebab itu agaknya warden asrama aku tu, pujuk kami dengan tengok

video.

Ye lah, kami ni sekolah asrama penuh, mana boleh balik ke rumah, kena stay kat

hostel juga.

Masa tu memang seronok sebab yang tinggal di hostel hanya pelajar yang mengambil

SPM, macam-macam aktiviti mengarut yang kami buat. Maklum hostel itu kami yang

punya. Sebelum ini kena jaga kelakuan juga dengan adik-adik junior tetapi apabila

tinggal kami sahaja, semua dah naik tocang, Seri mengenang kembali zaman manis

kenangan di waktu persekolahannya.

Teringat Seri kawan-kawan sekolahnya, kebanyakannya pun dah berkahwin sekarang.

Nik, Nani, Bib, Wan, Aza, Aini, Sapura, Midah, Su, Moly, ermm, dah lama aku tak

hubungi mereka.

Elok juga buat reunion semula ni, nanti aku nak ajak si Aini buat reunion kat manamana

hotel di KL. Mesti seronok, Seri berangan-angan.

Di mana Yazid sekarang ye?, hatinya bertanya.

Masihkah kau ingat Yazid kenangan kita bersama seperti aku mengingati engkau di

saat ini, bisik hati Seri.

16

Seri teringat surat terakhir yang dihantar Yazid kepadanya setelah beliau berada di

luar negara. Itulah berita terakhir yang diterima dari Yazid. Seri masih teringat antara

kata-kata Yazid di dalam surat itu.

Seri, sengaja Yazid hantar surat ini dari luar negara ini untuk memberitahu Seri

bahawa Yazid sudah tidak ada lagi di Malaysia ini. Jika Seri melihat alamat di mana

surat ini diposkan bukanlah bermakna Yazid akan terus tinggal menetap di sini. Yazid

akan teruskan perjalanan kembara ini ke destinasi yang seterusnya. Dan Yazid tidak

tahu di mana destinasi Yazid sebenarnya. Tentu Seri ingat kita pernah beranganangan

untuk menjelajah dunia melihat kebesaran alam ciptaan Tuhan ini. Itulah yang

Yazid lakukan sekarang.

Seri, hidup ini perlu diteruskan. Biar apa pun rintangan dan cabaran yang harus kita

tempuh, itulah namanya kehidupan. Seri, jika kau merasa lelah di dalam kehidupan

ini, Yazid telah sediakan sebuah rumah dua tingkat di dalam alam maya. Rumah itu

adalah milik Seri. Seri mempunyai kuncinya, lawatilah ia bila Seri rasa sepi atau

duka dengan masalah realiti kerana hanya di alam maya sahaja, kau dan aku bisa

melakarkan bahagia.

Yazid ingin nyatakan sesuatu pada Seri, seandainya Yazid mati dan ditakdir hidup di

syurga, insyaallah Yazid akan doakan supaya Seri hidup dengan Yazid. Kita

berlainan fahaman, biarlah CINTA yg menghubungkan kita di sana nanti.

Itulah sebahagian dari isi kandungan surat Yazid yang terakhir untuknya. Surat itu

amat menyentuh hatinya.

Tentu ramai yang tidak faham mengapa mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Ya, orang sering melihat memiliki cinta bererti berusaha memiliki orang yang dicinta.

Tetapi bagi Seri dan Yazid, cinta itu adalah lebih suci dan tulus jika disusuli dengan

pengorbanan untuk orang yang dicintai. Mereka merasakan jika diteruskan

perhubungan itu, kelak akan berlaku konflik di dalam perhubungan mereka.

Fahaman yang berlainan akan menyebabkan mereka terperangkap dalam kekeliruan

dan ia juga akan menjejaskan soal hati. Mereka berdua merasakan hal ini akan

menyinggung dan menyakiti hati antara satu sama lain. Kerana itu biarlah mereka

berkorban perasaan sekarang dari terlanjur di masa hadapan yang akibatnya lebih

memedihkan.

Cinta yang tulus tidak akan hilang kerana ia adalah soal hati, soal maknawi. Allah

mengajar manusia dengan perasaan CINTA kerana Allah mahu manusia memahami

bahawa kerana cinta dan kasih sayang adalah senjata paling berharga dan bernilai

dalam kehidupan manusia. Cuma bagaimana kita menggunakan cinta itu, terpulang

kepada kekuatan iman dan taqwa manusia itu sendiri. Senjata yang paling berharga itu

jika digunakan untuk kebaikan ia akan membuahkan manfaat yang sangat berharga

kepada diri seseorang manusia itu.

17

Teringat Seri rintihan sufi Rabiatul Adawiyah yang cintanya telah mencapai darjat

cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia biasa sepertinya. Pengalaman hidupnya

yang penuh dengan kesusahan dan pengorbanan kecintaan kepada manusia dan dunia

telah menjadikan dirinya mencapai, memahami dan merasai darjat cinta yang agung

itu.

Memang selalunya jika Tuhan menyayangi seseorang itu, hidupnya akan disusah-

susahkan, kerana manusia itu apabila merasa dirinya hamba yang tidak ada daya 

dan  upaya melainkan  di  atas  kehendak  Allah  jua  akan  jadi manusia  yang  kenal 

dirinya sendiri. Dari rasa kehambaan itu akan terasalah kebesaran dan keagungan 

Tuhan.  Akan  hancur  luluhlah  hatinya  merasai  betapa  rupanya  hanya  Tuhan 

tempat cinta Agung dalam kehidupan manusia.  

Tidak ada lagi cinta yang lebih indah, lebih mengasyikkan, lebih membahagiakan 

dari menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan robbulalamin.  

Kerana itulah Rabiatul Adawiyah di dalam rintihan kesufiaannya, hanyut dalam

rayuan kasihnya kepada Tuhan.

Seri teringat kata-kata Rabiatul Adawiyah yang sering dituturkannya ketika

bermunajat kepada Tuhan,

Tuhanku, jika laku ibadahku

hanya untuk menjauhkan diriku daripada api neraka-Mu,

maka kelak bakarlah aku dengan api neraka-Mu,

Jika sembahanku hanya untuk meraih syurga-Mu,

Maka haramkan syurga-Mu bagi diriku,

Adapun apabila ibadahku hanya ingin beroleh kasih sayang-Mu,

Berilah aku kurnia-Mu yang besar,

Kurniakanlah kepadaku agar boleh melihat wajah-Mu,

Wahai Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia.”

Seri cuba menghayati rangkap rintihan Rabiatul Adawiyah itu dengan hati dan

akalnya. Terasa olehnya betapa tingginya keimanan dan ketaqwaan wali Allah ini di

dalam menyembah Tuhan yang dianggap cinta Agungnya.

Terdengar bunyi kereta memasuki perkarangan rumah comel setingkat di pinggir

bandar metropolitan itu.

Ermm, Aiman dah balik rupanya, getus hati Seri. Nasib baik lauk pauk dah siap

dimasak, bolehlah dihidangkan sementara masih panas ini, bisik Seri lagi.

Malam itu mereka sekeluarga makan bersama-sama. Berselera sekali Sofea makan

ayam masak merah yang dimasak Seri.

Begitulah kehidupan Seri dan bagi Seri walaupun tugas memasak dan melayan

bukanlah satu kewajipan yang utama untuk seorang isteri tetapi dia berpendapat

18

memasak untuk keluarga dengan air tangan sendiri, makan bersama sekeluarga dan

melayan di meja makan adalah satu kepuasan baginya sebagai seorang isteri.

Cuma kadang-kadang masa sering menghambat situasi memandangkan beliau kini

sedang melanjutkan pelajaran di peringkat pascasiswazah menyebabkan Seri tidak

dapat mewujudkan suasana yang sedemikian setiap waktu.

Sebagai suami yang bertimbangrasa, Aiman tidak pernah memaksa Seri menyediakan

situasi yang sedemikian bagaimanapun sering juga Seri merasa bersalah kerana tidak

mampu melakukan tugas sebagai isteri sesempurna yang mungkin.

Begitulah perjalanan hidup Seri. Antara kerjaya, pelajaran dan rumahtangga, memang

memerlukan tahap kesabaran dan ketabahan yang tinggi. Bagaimanapun, jejak-jejak

pengalaman hidupnya banyak mengajar beliau untuk mempunyai kekuatan jiwa

menghadapi segala cabaran tersebut. Beliau masih Seri yang ceria dan sering

menggembirakan suasana rakan dan taulan.

Tetapi siapa yang dapat mentafsirkan hati seseorang, mungkin di sebalik keceriaan

ada jiwa yang terusik dan merindu pada kenangan-kenangan lalu yang terukir indah di

lubuk ingatan.

Pagi itu Seri ke fakulti untuk berjumpa Profesor yang menjadi penyelia penyelidikan

pascasiswazahnya. Tahun ini tahun akhir beliau mengikuti kursus pascasiswazah

tersebut.

Tahun yang mencabar kerana tahun ini penentu sama ada penyelidikan yang

dilakukannya itu boleh diterimapakai atau tidak untuk dijadikan sebagai satu hasil

kajian yang mantap bagi beliau memperoleh pengiktirafan di peringkat pengajiannya.

Hasil perbincangan dengan Profesornya beliau merasa lega kerana Profesor tersebut

menyatakan apa yang dilakukan selama ini di dalam kajiannya menepati dan sesuai

dengan kehendak peringkat penyelidikan yang diikutinya dan sekarang merupakan

fasa akhir untuk Seri menggulung dan menyimpulkan segala dapatan kajian dan

membentangkannya di dalam bentuk prototaip sistem maklumat elektronik sebagai

bahan persembahan memperlihatkan MODEL yang akan diusulkan beliau sebagai

satu penemuan dan sumbangan baru di dalam dunia akademik dan dunia penyelidikan

global.

Ermm, Allah permudahkan perjalanan penyelidikan aku, bisik Seri.

19

Adalah menjadi satu kesumbangan fikirnya jika merasakan diri sendiri yang berbuat

sedangkan segala ketentuan dan takdir itu adalah dari Allah SWT juga. Pengalaman

aku selama membuat penyelidikan ini sangat berharga, getus Seri.

Bukan pengiktirafan atau sijil yang aku kejar sebenarnya, tetapi aku belajar dan

mengkaji dengan niat untuk menghargai anugerah yang Allah berikan kepada dirinya

iaitu keupayaan dan kemampuan mempergunakan akal sebagai salah satu tugas

hambaAllah di dalam memenuhi tuntutan fardhu kifayah, Seri bermonolog dengan

dirinya.

Teringat Seri tentang doa Ustaz Ashaari Muhammad mengenai berlindung dari ilmu

yang tidak diamalkan. Doa itu menyedarkan dirinya bahawa menuntut ilmu itu

perkara besar dan bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri sahaja tetapi ia lebih

luas dan besar maknanya kepada diri seseorang sebagai merealisasikan fitrah

kejadiannya sebagai hambaAllah.

Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan

Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan

Tuhan! ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan

Jangan pula kehidupan orang tersuluh, kehidupanku kegelapan

Tuhan! aku memohon kepada-Mu janganlah ilmu itu menjadi beban

Di Akhirat kelak menjadi hujah dan saksi mengapa aku tidak amalkan

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu bertambah ilmu, bertambah amalku

Jangan sampai usahaku orang lain selamat, aku tidak

Biarlah usahaku ini selamat menyelamatkan

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk mujadalah

Bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa

Tuhan! aku berlindung dengan-Mu jangan sampai ilmuku melaknatku semula

Kerana bermegah-megah dan tidak mengamalkan

Jadikanlah aku bertambah ilmu, bertambah dekat dengan Tuhan

Bertambah ilmu, bertambah ibadah dan amalan

Tuhan! Jadikanlah ilmuku mensyafaatkan aku di Akhirat kelak

Bukan melaknatku

Ya Allah! Jadikanlah ilmuku boleh memimpin diri dan orang lain

Boleh menyuluh kehidupanku dan kehidupan orang

Mampu menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang

Seterusnya jadikanlah ilmu ini sentiasa memberi manfaat dan syafaat

20

Sekembalinya dari berjumpa Profesor yang menyelianya Seri singgah di cafe

berhampiran tasik yang selalu disinggahi oleh dirinya dan Yazid sewaktu ketika dulu,

sewaktu mereka bersama-sama satu kuliah di sana dahulu.

Tasik itu tidak banyak berubah, cuma kelihatan bertambah cantik dengan lanskap

yang semakin menarik.

Kalau sewaktu pagi seperti itu, dia dan Yazid selalu menikmati teh tarik dan roti

canai cicah kari daging kambing. Memang sedap masakan di cafe tersebut, dan

rasanya memang tidak pernah berubah sehingga sekarang, bisik hati Seri.

Dia kenal sangat dengan perangai Yazid yang sukakan perkara yang rutin, dan satu

lagi yang menggelikan hatinya adalah perangai Yazid yang tidak pandai untuk

berborak sewaktu makan.

Yazid selalu menegurnya, katanya , Seri, time Yazid makan, jangan banyak cakap tau,

nanti Yazid tak tahu apa rasa makanan Yazid makan.

Seri teringat dia selalu menyanggah kata-kata Yazid itu dan berkata,

Apalah kau ni Yazid, one single track minded ler…ishkk…suka Seri ler ndak bercakap

ke tak bercakap ke, kalau tak mahu dengar tutup telinga ler. .

Kesian Yazid, bisik Seri. Aku ni memang nakal juga sebenarnya, suka mengusik juga..

Kini Seri keseorangan mengutip kembali kenangan-kenangan yang pernah

dilakarkannya bersama Yazid suatu ketika dulu. Entah di mana Yazid sekarang

agaknya, bisik Seri.

Tentu dia tidak sangka aku kini masih di sini, di tempat ini, dan mengulang serta

mengenangi kembali kenangan bersamanya.

Sedang Seri makan, datang seseorang menyapa dan memberi salam. Seri mendongak

dan melihat bahawa yang menyapa beliau ialah seorang kawan yang pernah

sekuliahnya.

Eh, Mashietah, kau rupanya, apa kau buat di sini, tegur Seri.

21

Aku sekarang semester pertamalah, baru mendaftar untuk kursus sarjana, jawab

kawannya.

Oh, patutlah baru terjumpa dengan kau, jawab Seri.

Kau buat apa kat sini, tanya kawannya. Bukankah dulu kalau tak silap aku kau dah

habis buat sarjana, sambung kawannya lagi.

Ya, dah habis, sekarang aku buat PhD pula, dah tahun akhirpun, jawab Seri.

Lama Seri tidak berjumpa Mashietah sejak habis pengajiannya di peringkat

sarjanamuda dahulu, mereka mengikut haluan masing-masing. Cuma daripada kawankawan

sahaja mereka mendapat berita tentang perkembangan diri masing-masing.

Setahu Seri, Shietah belum berkahwin lagi, dan kini bekerja dengan jabatan kerajaan

sebagai pegawai sistem maklumat di salah sebuah kementerian di PutraJaya. Shietah

mengetahui hubungan baiknya dengan Yazid malahan Shietah dan Yazid berasal dari

negeri yang sama.

 

 

Seri, ada kau contact Yazid sekarang ni, tanya Shiitah.

Tak ada, aku dah lost contact dengan dia sejak 4 tahun dulu, jawab Seri.

Setahu aku aku ler Seri, tahun lepas aku dengar Yazid sudah balik ke Malaysia,

Shiitah memberitahu Seri.

Berderau darah Seri mendengar berita itu, entah mengapa hatinya berdebar-debar

mendengar berita itu. Mungkin juga kerana terkejut atau terlalu gembira kerana

mengetahui juga berita mengenai Yazid akhirnya.

Betul ke, mana kau tau Shiitah?, tanya Seri sambil cuba menyembunyikan

kegementaran yang melanda hatinya.

Aku tau ler Seri, aku dan Yazidkan sama daerah, lagipun kampung aku dan kampung

dia sebelah menyebelah ajer, jawab Shiitah.

Seri terdiam dan cuba mengatur bicara yang seterusnya supaya tidak ketara sangat

pada pandangan Shiitah terhadap responnya mengenai berita tersebut.

Apa lagi yang kau tahu Shiitah pasal Yazid, sambung Seri lagi.

22

Eh, beria kau nak tahu pasal Yazid ni apa hal, Shiitah mengusiknya.

Tersipu-sipu Seri dan merah padam wajahnya mendengar usikan Shietah itu.

La, takkan tak boleh tahu, kitakan kawan tentulah nak tahu pasal kawan, jawab Seri.

Ermm, boleh aku tanya kau satu soalan Seri, sambung Shietah lagi.

Apa dia ?, jawab Seri.

Dulu kau dan Yazid ada apa-apa ke?, tanya Shietah lagi.

Eh, ada apa-apa pulak, aku dan Yazid kawan biasa sahajalah, jawab Seri.

Oh cam tu, patutlah, Shietah tersenyum sahaja mendengar pengakuan Seri itu.

Apa maksud kau dengan patut tu, Shietah, tanya Seri.

Ye, patut ler kau kahwin dengan orang lain bukan dengan Yazid, jawab Shietah.

Ke situ pulak kau ni Shietah, Seri cuba membuatkan dirinya ketawa dengan kata-kata

kawannya itu.

Seri sebenarnya serbasalah dengan jawapannya itu.

Adakah aku menipu Shietah dengan menyatakan aku dan Yazid hanya kawan biasa,

Seri bertanya pada dirinya. Tetapi memang benar semasa itu memang aku dan Yazid

hanya kawan biasa, Seri memujuk hatinya. Cuma selepas kami berpisah barulah

masing-masing sedar bahawa perhubungan mereka lebih dari seorang kawan biasa,

getus hati Seri lagi.

Kau tahu Seri, Yazid balik Malaysia sebab emaknya suruh dia balik kerana abang

Yazid mahu melangsungkan perkahwinan masa itu. Tetapi sebenarnya emak dia pun

sudah membuat perancangan untuk mengahwinkan Yazid dengan tarikh perkahwinan

yang sama dengan abangnya itu. Emak Yazid sudah buat pilihan calon isteri untuk

Yazid waktu itu, Shietah dengan lajunya berbicara.

Tak sampai sebulan Yazid balik, perkahwinan tersebut dilangsungkan, Shietah

bersungguh-sungguh bercerita kepada Seri.

Isteri Yazid tu orang kampung aku Seri, sebab itu aku tahu kisahnya. Empat tahun

lebih muda dari kita semua, sambung Shietah lagi.

Ermm, jadi kau tak tahu ke Seri, Yazid sudah berkahwin dan sekarang balik semula ke

Malaysia?, Shietah meminta kepastian.

Memang aku tak tau Shietah, kan ke aku dah kata aku dah lost contact lama dgn

Yazid, jawab Seri.

23

Jadi kau pergi ke Shietah perkahwinan Yazid itu ?, sambung Seri lagi.

Tak, aku pun tak gi, cuma dengar cerita mak aku ajer, jawab Shietah.

Shietah menambah lagi, aku dengar ibu Yazid sudah meninggal dunia beberapa bulan

yang lalu, terkejut Seri mendengar berita itu.

Dia menyedekahkan Al Fatehah kepada ibu Yazid. Dia tahu betapa rapatnya Yazid

dengan ibunya, dan betapa YAzid sangat menyayangi ibunya. Tentu Yazid merasa

kehilangan yang amat sangat dengan kematian ibunya itu, bisik hati Seri.

Seri terdiam sebentar. Sungguh dia tidak menyangka rupa-rupanya Yazid sudah

kembali ke Malaysia dan sudah berkahwin. Dia ingat Yazid masih diperantauan dan

berkahwin dengan gadis asing, rupa-rupanya inilah yang dikatakan jodoh pertemuan

di tangan tuhan. Ibunya sendiri yang mencarikan jodoh untuk beliau.

Muga kau bahagia dengan pilihan keluarga, Yazid, doa Seri dalam hatinya.

Kau tau ke Yazid sekarang kat mana Shietah?, tanya Seri lagi.

Ermm, tak silap aku dia dah kerja kat KL, isterinya pula sambung belajar balik kat

UM, tak silap aku kursus Pengajian Sejarah. Isteri dia tu aliran sastera, jawab

Shietah lagi.

Akupun tak kenal sangat dengan isteri dia tu, maklum ler akupun macam kau sekolah

asrama penuh, mana ada masa lama kat kampung, sambung Shietah lagi.

Oh, begitu, jawab Seri.

Dia teringat mengenai fahaman Yazid yang berubah selepas mendapat pendedahan

terhadap Syiah sewaktu menyambung pengajian di peringkat sarjana dahulu.

Bagaimana dengan fahaman isteri Yazid pula, Seri menyoal dirinya sendiri.

Sebenarnya jika seseorang itu mempunyai kefahaman yang mantap mengenai ASWJ

dan berada di bawah kepimpinan guru ASWJ yang tulen tentu teguh pendiriannya

dengan ASWJ, bisik hati Seri.

Blog AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH

Fahaman seseorang insan di dalam beragama itu bukan semata-mata harus

bersandar kepada logik akal, jika logik akal jadi sandaran, maka sudah tentu orang

Yahudi yang tinggi kekuatan akalnya sudah lama menerima Islam, Seri berfalsafah

sendiri.

Tetapi yang menerima hidayah dan taufik dari Allah itu adalah hati, menurut Imam

Ghazali, hati itu adalah kerajaan dalam diri. Ia ibarat raja yang memerintah, akal

hanya bertindak sebagai penyelaras dan perlaksana arahan hati, nafsu sebagai

24

pendorong, pencetus dan pemangkin di atas kehendak yang lahir dari hati manakala

fizikal hanya sebagai alat yang bergerak menurut arahan hati, akal dan nafsu, Seri

berfalsafah lagi.

Sayang sekali manusia zaman moden sekarang sangat bersandarkan akal sematamata,

semua perkara mahu dinilai dan ditimbang mengikut akal semata-mata,

bukankah ini taktik Yahudi yang sangat halus dalam mempengaruhi fahaman

keagamaan seseorang, fikir Seri.

Kalau begitu, Yahudi sudah cukup berjaya mempengaruhi minda bangsa-bangsa lain

hatta dalam cara manusia berfikir dalam beragamapun, termasuk jugalah diri aku

sendiri, getus Seri.

Patutlah umat Islam sekarang walaupun kelihatan gah dan canggih dalam beribadat

tetapi ROH ibadat itu sudah longgar, kerana tidak disertakan rasa bertuhan dan rasa

kehambaan dalam beribadah, rasa-rasa tidak lahir dari akal, tetapi ia terbit dari hati

seseorang itu, Seri berfalsafah lagi.

Teringat Seri terhadap satu sajak dari ustaz Ashaari Muhammad mengenai

keterbatasan akal dalam beragama. Dia cuba mengingati sajak tersebut.

Kebenaran yang mutlak adalah dari ajaran wahyu

Kebenaran akal hanya terkeliru bahkan adakalanya menipu

Kerana akal adalah dari pandangan makhluk yang dicipta

Kemampuan yang diberi Tuhan padanya hanya terbatas

Setakat yang boleh dilogikkan, sekadar itulah kebenaran yang dapat dijangkaunya

Bahkan ada yang logik tidak berlaku ertinya tidak benar

Kebenaran dari wahyu tidak mesti logik

Ada yang logik, ada yang tidak logik itu berlaku

Pendapat wahyu tepat, sekalipun tidak logik mengikut akal

Pendapat akal selalunya keliru, adakalanya sesat, sekalipun nampaknya logik

Ertinya ada yang dirasakan logik pun tidak berlaku

Akal tidak boleh memberi pendapat tersendiri

Pandangannya mestilah bertunjangkan wahyu

Gunakanlah akal berlandaskan wahyu

Bukan wahyu berlandaskan akal

Tapi wahyu yang dihurai oleh akal mengikut kaedah nahu

Akal tersendiri pasti sesat, setidak-tidaknya terkeliru

Wahyu tanpa disuluh oleh akal dia beku

Akal tanpa berlandaskan wahyu nampaknya dinamik

Kelihatan logik, adakalanya tidak berlaku

Oleh itu janganlah menerima kebenaran itu semata-mata dengan akal

Kebenaran yang dapat dikesan oleh akal terlalu terbatas

Kebenaran yang hakiki lagi mutlak adalah dari wahyu

25

Seri tersentak daripada monolognya itu apabila Shietah memberitahu bahawa dia

harus beredar kerana kelasnya akan bermula sebentar lagi. Seri sempat meninggalkan

nombor telefonnya untuk Shietah hubungi dan kawannya juga memberikan nombor

telefonnya kepada Seri.

Jangan lupa contact aku tau, lain kali aku belanja kau makan, kita dating kat sini,

kata Seri pada Shietah.

Seri memandang dengan sayu sewaktu Shietah berlalu dari cafe tersebut.

Entah mengapa tiba-tiba kesayuan menerpa kolam hatinya. Apa yang aku sedihkan

sebenarnya, Seri bertanya pada dirinya.

Patutnya aku gembira dapat mendengar berita tentang Yazid, kata akal Seri.

Adakah Yazid juga tahu aku sudah berkahwin dan mempunyai anak sekarang, getus

hati Seri lagi.

Soalan itu tinggal tanpa jawapan.

Seri teringat Yazid pernah bertanya kepadanya.

Seri, kalau kau kahwin nanti, kau suka pilih yang lebih tua dari kau ke, atau yang

sebaya atau yang lebih muda, tanya Yazid.

Seri hanya ketawa mendengar soalan Yazid yang kelakar dirasakannya itu. Kenapa

kau nak tau Yazid, tanya Seri kembali.

Saja ndak tahu, mana tahu aku ada peluang, jawab Yazid selamba.

Ermm, Seri suka lelaki yang lebih tua dari Seri, jawab Seri. Kalau sebaya atau lebih

muda, ermm, contohnya macam kau le Yazid, Seri kan lebih tua bulan dari kau,

walaupun kita lahir tahun yang sama, jadi kau ni tak masuk dalam pilihanlah,

sambung Seri lagi sambil tergelak kerana berpeluang mengusik Yazid.

Yazid hanya terdiam. Tetapi Seri masih ingat Yazid pernah bercerita padanya bahawa

dia tidak kisah kalau berkahwin dengan perempuan yang lebih tua usia dari dia, malah

sebenarnya dia berminat dengan perempuan yang lebih usia dari dirinya.

Seri hanya gelak sahaja mendengar pendapat Yazid itu kerana agak pelik pula baginya

mendengar pendapat sedemikian lahir dari pandangan dari seorang lelaki.

Sekarang Yazid bertemu jodoh dengan perempuan yang lebih muda darinya pula,

bisik hati Seri.

Ermm, pilihan emaknya, tentulah orang tua akan pilih yang lebih muda takkan pula

pilih yang lebih tua pula, getus hati Seri lagi.

26

Seri mengenangkan dirinya pula.

Aku pula kebetulan berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia dari usia aku, itupun

kebetulan juga, sambungnya lagi. Wah, aku dapat yang 4 tahun lebih tua, Yazid dapat

jodoh yang 4 tahun lebih muda, kebetulan juga itu, fikir Seri lagi.

Mungkin pengalaman Yazid mempunyai kakak ipar yang tidak jauh beza dengan

umurnya sewaktu beliau masih bersekolah menengah dahulu, menyebabkan dia

berminat untuk memilih wanita yang lebih tua dari usianya.

Lagipun Yazid ini sebenarnya wataknya lebih matang dari rakan lelaki yang seusia

dengannya, fikir Seri lagi. Memang Yazid suka mengusik dan nakal, tetapi sebenarnya

dia matang di dalam berfikir, Seri mengulas perwatakan Yazid.

Mungkin juga sebab itu aku tertarik kepadanya, fikir Seri lagi.

Namun menurut Yazid, kakak iparnya yang sangat baik dengannya itu sudah

meninggal dunia kerana penyakit barah. Yazid memberitahu Seri bahawa dia merasa

sangat kehilangan kakak iparnya itu kerana dia sudah menganggap kakaknya sebagai

kakak kandung sendiri. Yazid hanya ada seorang kakak angkat yang mempunyai

perbezaan umur yang sangat berbeza dengannya sahaja. Seri bersimpati dengan cerita

Yazid itu.

Seri meninggalkan kafe tersebut setelah selesai menghabiskan makanannya. Tujuan

Seri seterusnya ialah untuk ke perpustakaan, ada buku yang perlu dicarinya untuk

dijadikan sebagai rujukan kepada penulisan tesisnya. Sekarang, masa yang cukup

kritikal dan sesuai untuk menulis secara lebih terperinci tesis kajiannya kerana dia

perlu mengejar masa yang semakin menghampiri ke penghujung pengajiannya.

Perjalanan ke perpustakaan itu menyebabkan Seri melalui kamsis yang pernah

didudukinya dahulu selama empat tahun. Kamsis yang banyak menyimpan sejarah dia

dan Yazid. Kamsis itu terletak di atas bukit dan hanya mengambil masa selama 5

minit sahaja untuk sampai ke fakultinya yang berada di bawah bukit tersebut. Namun

begitu, fakulti itu sudah berubah tempat dan berpindah ke tapak yang baru sekarang

ini.

Memang Allah SWT sudah takdirkan begitu, sejak mula diterima masuk ke universiti

itu, memang itulah kamsis yang ditawarkan kepadanya.

Memang strategik kamsis itu, berdekatan dengan fakultinya, berdekatan dengan

perpustakaan dan berdekatan dengan pusat pentadbiran universiti. Malah kafe kamsis

tersebut juga terkenal dengan makanannya yang sedap dan murah.

Teringat Seri tentang seorang penebar roti canai di kafe kamsis tersebut yang selalu

memberikan roti canai percuma kepadanya. Terasa gelihati pula mengenangkan hal

tersebut.

Mungkin dia terpikat dengan senyuman aku kot, getus hati Seri.

27

Yazid selalu mengusik Seri dengan menyatakan Seri sengaja memikat penebar roti

canai tersebut kerana mahu mendapat roti canai percuma.

Erm,..tak patut Yazid tuduh aku begitu, akupun malu juga sebenarnya, serbasalah

dibuatnya, tetapi apakan daya, bukan senang nak pergi kafe lain, terpaksa juga aku

pergi kafe tersebut kerana berada di dalam kamsis. Nasib baiklah penebar roti canai

tu, tak lama kat kafe kamsis tersebut, lega rasanya bila dia dah tidak ada, Seri

tersenyum mengenangkan peristiwa tersebut.

Entah-entah Yazid cemburu kerana aku dapat perhatian istimewa dari abang roti canai

tu kot, Seri membuat andaian.

Bagaimanapun, Seri merasa cukup bertuah kerana mampu untuk tinggal di kamsis

tersebut sehingga habis pengajiannya.

Ermm, mungkin kerana aku ni aktif juga dengan kegiatan kamsis lalu aku dibenarkan

berada di kamsis sehingga tamat pengajianku, Seri berkata kepada dirinya.

Sebab itu Seri selalu mengingatkan kepada pelajar-pelajarnya supaya aktif dengan

kegiatan kampus atau kamsis jika tidak mahu tinggal di luar kampus. Sebenarnya

memang banyak keuntungan jika dapat tinggal di dalam kamsis jika dibandingkan

dengan tinggal diluar.

Pelbagai masalah perlu dihadapi oleh pelajar yang tinggal di luar kampus seperti

masalah kewangan, masalah pengangkutan, masalah pergaulan, masalah persekitaran

dan sebagainya. Mungkin ada yang menyatakan tinggal di luar kampus mengajar

pelajar tersebut lebih berdikari.

Sebenarnya, Seri berpendapat berdikari atau tidak berdikari itu bukan bergantung

kepada sama ada pelajar itu tinggal di luar atau di dalam kampus. Berdikari itu pada

pendapatnya jika seseorang pelajar itu mampu untuk menguruskan dirinya sebagai

seorang pelajar universiti yang cemerlang baik dari segi peribadi, pelajaran, pergaulan

dan sebagainya.

Ermm, akupun baik juga dengan pengetua kamsis tersebut, getus hati Seri.

Ia sebenarnya berlaku secara kebetulan sahaja kerana Seri mengenali anak saudara

kepada pengetua kamsis tersebut. Seri kenal dengan anak saudara pengetua kamsis

tersebut sebelum dia memasuki universiti tersebut lagi.

Kesian Azmi, aku ni memang tak tahu menghargai perasaan orang, getus hati Seri.

Azmi, nama anak saudara pengetua kamsis tersebut dan Seri mengenalinya sewaktu

beliau masih belajar di peringkat pra universiti lagi.

Sebenarnya memang dia menaruh hati pada aku, cuma aku yang belum terbuka hati

untuk menerima sesiapa lagi di waktu itu, bisik hati Seri lagi.

28

Walaupun Azmi bersungguh-sungguh memperkenalkan keluarganya kepada Seri

untuk menunjukkan dia serius terhadap hubungannya dengan Seri tetapi Seri terpaksa

menolak dengan baik hasrat Azmi itu.

Di kamsis tersebut, Seri juga mengenali seorang pelajar yang bergiat aktif di dalam

Rufaqa. Dari situlah dia berjinak-jinak mengikuti perkembangan Rufaqa. Sebenarnya

Seri sudah mula membiasakan diri dengan membaca buku-buku yang ditulis oleh

pemimpin Rufaqa iaitu Ustaz Ashaari Muhammad semenjak di bangku sekolah lagi.

Dari situ dia mengenali dan mengkaji minda-minda dan prinsip-prinsip perjuangan

yang dilagangkan oleh Ustaz Ashaari Muhammad.

Walaupun pelbagai kontroversi yang melanda perjuangan dan kepemimpinan Ustaz

Ashaari Muhammad, Seri tetap yakin apa yang diperjuangkan beliau adalah

berlandaskan Al Quran dan Sunnah dan tidak seperti yang selalu digembar-gemburkan

di dalam media massa.

Itu yang pentingnya kajian yang berterusan dan melatih akal untuk berfikir secara

rasional dan logik, supaya kita mampu mempunyai pendirian sendiri dan tidak

bertaklid buta sahaja kepada apa yang orang lain kata. Seri berpendapat, di akhir

zaman ini, kemantapan ilmu itu banyak menyumbang kepada keteguhan pendirian dan

keyakinan kita terhadap sesuatu fahaman yang diterimapakai.

Bagaimanapun Seri berfikir kita perlu mengakui keterbatasan akal di dalam beragama.

Ini kerana akal bukan untuk mencipta perundangan, sistem, ideologi atau cara hidup

bagi manusia. Itu semua telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al Quran dan As

Sunnah. Allah mengurniakan akal untuk manusia melaksanakan segala suruhan dan

hukum hakam yang sudah Allah tetapkan.

Justeru itu, peranan roh dan hati mesti ditingkatkan. Roh yang lemah mesti dikuatkan.

Jiwa yang mati mesti dihidupkan. Hati yang buta mesti dicelikkan. Kalau rohani

lemah, akal akan menuntut kebebasan. Akal yang bebas akhirnya akan dipengaruhi

oleh nafsu. Gandingan akal dengan nafsu ini ibarat api yang menyemarak di hutan

yang kering. Selagi ada hutan, selagi itulah dia akan membakar. Lebih tebal hutan,

lebih semarak lagi apinya.

Akal sebenarnya sangat berbahaya kepada manusia terutama kalau ia dilepas

berperanan secara bebas tanpa kawalan. Akal yang tidak terkawal akan menafikan

perkara ghaib termasuk Akhirat. Malahan di hujungnya nanti, akal akan menafikan

Tuhan. Akan digantikannya Akhirat dengan dunia dan Tuhan itu dengan “nature”.

Akal tidak tahu selain daripada itu.

Oleh itu akal mesti ditundukkan. Ia mesti duduk di bawah hati. Akal mesti dikawal

oleh hati. Akal mesti tunduk kepada hati. Barulah akal itu boleh menjadi alat untuk

melaksanakan segala kehendak dan perintah hati. Bukan akal yang sepatutnya

memerintah sebab dia bukan raja. Raja dalam diri manusia itu ialah hati.

Itulah yang Seri pelajari dan dapati daripada kuliah Ustaz Ashaari Muhammad yang

cuba dihayatinya.

29

Seri memandu sendirian sepanjang perjalanan balik dari perpustakaan menuju ke

rumahnya. Jauh juga sebenarnya, kerana perjalanan antara rumahnya ke universiti

memakan masa hampir 1 jam.

Bagaimanapun memandangkan dirinya merupakan pelajar pascasiswazah maka Seri

tidak perlu berada setiap hari di fakulti. Selalunya beliau menggunakan bilik yang

diperuntukan di tempat dia bekerja yang hanya memakan masa 20 minit sahaja dari

rumahnya memandangkan bilik tersebut masih boleh digunakan kerana beliau hanya

bercuti sambil belajar sahaja.

Apa yang disusahkan selagi ada talian internet untuk aku akses maklumat dan

melakukan kerja-kerja secara elektronik maka di mana-manapun tidak menjadi

halangan, lainlah kalau aku melakukan kajian di dalam makmal sains seperti kawan

aku si Norizah tu, patut sangatlah kena datang tiap-tiap hari untuk mengawasi bahan

kajiannya, getus hati Seri.

Melihat daun-daun kering di pertengahan jalan yang berterbangan ditiup angin

sewaktu tayar kereta melaluinya menimbulkan satu pandangan yang menarik di

perasaan Seri.

Melihat daun-daun yang berguguran dari pepohonan sambil meliuk lintuk di tiup bayu

lembut juga pada Seri sungguh mensyahdukan pandangannya.

Melihat rentak dedaunan dan ranting dipohon yang ditiup angin juga sungguh

mengasyikkan hatinya.

Ermm, semasa kecil dulu aku ada banyak masa untuk bersendirian, mungkin sebab itu

aku peka dengan perkara-perkara sedemikian, bisik hati Seri.

Teringat Seri pada kegemarannya dari semenjak kecil berjalan-jalan di pesisiran

pantai di waktu petang. Dia suka melihat laut yang luas terbentang seakan tidak ada

sempadan dek kerana luasnya. Melihat ombak yang berkilau-kilau kemerah-merahan

di sinari cahaya matahari petang, bagaikan melihat jalinan sutera yang terlakar indah

di kanvasnya.

  

30

Ermm, alam banyak mengajar manusia untuk memperhaluskan jiwa, bisik hati Seri.

Orang melayu zaman silam halus budi bahasanya dan mempergunakan bahasa alam

untuk menjadi perlambangan maksud ucapan mereka.

Lihat sahajalah pantun, pepatah, syair dan puisi melayu yang penuh dengan

perlambangan-perlambangan bahasa alam.

Ermm, aku bertuah kerana dilahirkan sebagai orang melayu, getus hati Seri.

Teringat Seri pada kawan sekelas sewaktu di sekolah menengah yang selalu

mengusiknya.Seri,

Kau ni keturunan Jepah ke?, usik kawannya itu.

Apa jepah?, Kau biar betul, Lin, kata Seri pada kawannya.

Ye le, Jepah, campuran Jepun dan Pahang jadilah Jepah, jelas kawannya sambil

ketawa.

Tersenyum Seri mengingatkan usikan kawannya itu. Dia teringat kepada wajah Sofea

Nafisah, memang muka anaknya bukan seperti muka melayu yang biasa.

Rupa Sofea ni lebih kurang muka aku juga, patutlah kawan aku kata aku keturunan

Jepah, Seri mengiakan pandangan kawannya itu.

Malah di dalam buku autograf yang disimpannya sebagai tandamata kenangan dari

kawan-kawanpun, kawannya si Lin itu masih mengusiknya dengan menyatakan Seri

kalaupun selepas SPM ini kita mungkin tidak akan berjumpa lagi kerana masingmasing

sudah mengikut haluan masing-masing tetapi Lin rasa tidak akan melupakan

rupa mu yang keturunan Jepah itu.

Sempat juga si Lin mengusik aku dalam autograf, Seri tersenyum. Berita terakhir

yang didengarnya Lin melanjutkan pelajaran ke UK dan kini juga sudah berkahwin

dan tinggal di Negeri Sembilan.

Kenangan memang indah. Biarpun tidak semua kenangan itu manis, malah ada juga

yang pahit tetapi ia tetap kenangan yang indah bagi Seri.

Semasa kecil aku memang nakal, getus hati Seri.

Teringat dia pada kisahnya yang terjatuh dari tangga dan terus terlanggar dinding batu

di rumahnya, mengakibatkan dahinya terluka dan terpaksa dijahit sebanyak 11 jahitan.

31

Gara-gara mencari helikopter mainannya yang berada di tingkat bawah, dia tidak

tersedar kakinya melompat turun dengan laju lalu terjelepok jatuh dan bergolek jatuh

ke bawah.

Padan muka aku kena jahit tanpa dibius sebab luka itu dikepala, jadi doktor tidak

dapat menyuntik biusnya di situ, Seri berkata dalam hatinya.

Dia teringat darah dikepalanya keluar dengan sangat banyak dan semasa kepalanya

dijahit dia meronta-ronta supaya dilepaskan.

Dalam sakitpun, aku masih degil juga rupanya, kata Seri lagi.

Sofea Nafisah,tidak senakal aku sewaktu kecil, Seri menilai perangai anak

perempuannya.

Sepanjang perjalanan balik Seri bersendirian, kerana merasa sunyi tanpa halwa telinga

beliau memasang radio di dalam keretanya. Kebetulan sewaktu dia memasang itu lagu

Suatu Masa dendangan M. Nasir berkumandang. Itu lagu kesukaannya. Pada pendapat

Seri, lagu tersebut antara masterpiece karya M.Nasir.

Sewaktu lagu itu popular dia masih terlalu kecil lagi untuk mengingatinya tetapi dia

mula mengetahui tentang lagu itu apabila pertama kali mendengarnya di radio.

Memang aku suka dengar lagu lama, malah aku pernah diketawakan oleh kawankawan

kerana selalu membeli kaset lagu-lagu lama terutama lagu-lagu Inggeris, getus

hati Seri.

Yazidpun suka dengar lagu lama juga, Seri terkenangkan Yazid.

Dia kata dia suka sekali dengar lagu Frank Sinatra, lagu My Way.

Ermm, Yazid sekarang berada di Malaysia, tetapi walaupun tidak jauh dari tempat

aku tinggal, tak pula terjumpa dia dimana-mana, fikir Seri.

Agak-agak kalau aku terjumpa Yazid, apa aku ndak buat yer? Berani ke aku menegur

dia?, Seri bertanya pada hatinya sendiri.

Teringat Seri cerita Yazid mengenai kesunyian hatinya sewaktu berada keseorangan di

luar negara sewaktu melanjutkan pelajaran di situ dahulu. Di universiti itu, dia tinggal

di apartment yang disediakan oleh universiti tempat beliau belajar tersebut. Ia

memudahkan beliau berulangalik dari tempat tinggalnya ke fakulti. Lagipun jika

menyewa diluar, harga sewa sangat tinggi memandangkan universiti tempat dia

belajar itu bertempat disebuah bandar yang besar dan moden.

32

Boleh dikatakan tiap-tiap petang Yazid akan pergi ke sebuah kolam yang mengadap

sungai yang mengalir di bandar metropolitan berhampiran dengan universiti tempat

dia belajar itu, bersendirian dan mengelamun. Yazid pernah menghantar kepada Seri

gambar pemandangan tempat tersebut.

Menurut Yazid, kalau waktu senja pemandangan dari atas bukit yang ada keretapi itu

sungguh cantik kerana boleh melihat keseluruhan bandar tempat dia tinggal itu.

Memang cantik tempat itu seakan ingin Seri turut serta menemani Yazid di sana

waktu itu tetapi apakan daya jarak memisahkan mereka begitu jauh.

Ermm, walau jauh, walau dekat sekalipun, aku tak mungkin dapat menemani Yazid,

bisik hati Seri.

Teringat Seri mengenai sajak yang pernah dihantarkannya kepada Yazid sewaktu

diperantauan dahulu. Sajak itu masih dalam simpanannya malah segala emel yang

dihantarnya kepada Yazid sepanjang masa dua tahun itu tetap disimpan di dalam

folder emelnya.

Aku tahu teman,

Ada kolam hati yang terusik rasa

Tatkala mengimbau kenangan lama

Terasa masih berputik kuntuman kasih

Yang tercicir di perjalanan yang melelahkan ini

Namun teman,

Usah diimbau memori itu

Sendunya amat melesukan

Mengintai keresahan yang tidak berpenghujung

Harapan yang tidak bersempadan

Hidup ini teman,

Kita yang melayarkan bahteranya

Jika kita kalah di dalam mengemudikannya

Tersalah haluan menongkah arus

Lantaran

33

Kerikil-kerikil kenangan lama

Menjadi penghalangnya

Pastilah..

Kita ibarat pelayar yang tidak layak digelar pelayar

Bahtera hidup harus diteruskan

Biar pun badai dan kerikil menjadi penghalang di

pelayaran ini

Kelak di sana

Di atas sebuah kekuatan hati

Kita bisa melihat

Betapa indahnya dataran hijau yang sudah lama

ditinggalkan

Betapa awan juga tetap biru di dataran itu

Dan di saat itu,

Tika pelayar melabuhkan bahteranya

Ia akan tersenyum

Kerana ia tahu

Redha itulah penawar kepada kelelahannya

Di sepanjang pelayaran itu

Seri sendiri sekarang tidak mengerti apakah sajak itu untuk Yazid atau dirinya ketika

ini.

Hujung minggu itu Seri diminta pertolongan oleh kawannya Mawar untuk menjadi

pengacara majlis di sebuah pelancaran buku Ustaz Ashaari Muhammad yang terbaru.

Sebuah buku yang mengkhususkan mengenai ilmu tasawuf. Sambutan yang diterima

oleh masyarakat luar sungguh menggalakkan. Mungkin kerana tempat majlis

perlancaran tersebut strategik dan bersempena dengan Ekspo Buku yang menjadi

kegemaran masyarakat yang cintakan ilmu.

34

Di dalam membentangkan ilmu berkaitan dengan tasawuf in, Ustaz Ashaari

Muhammad telah menjelaskannya dengan bahasa yang mudah dan tidak menyusahkan

pembaca memahaminya. Selalunya buku-buku yang berkaitan dengan ilmu tasawuf

ini agak berat untuk dibaca dan difahami tetapi lain pendekatannya dengan kaedah

penyampaian yang dibawa oleh Ustaz Ashaari Muhammad.

Seri teringat kata-kata Profesor penyelia PhDnya bahwa semakin tinggi dan mantap

serta mendalam ilmu seseorang itu mengenai sesuatu bidang maka kita akan dapati

seseorang itu akan berupaya dan mampu menerangkannya dalam bentuk yang mudah

dan senang difahami. Seri berpendapat Ustaz Ashaari Muhammad termasuk dalam

golongan yang disebut oleh Professornya itu.

Majlis berjalan dengan lancar dengan ahli panel yang membicarakan mengenai buku

tersebut kesemuanya terdiri daripada ahli-ahli akademik yang datang dari pelbagai

bidang. Seorang daripadanya adalah pensyarah usuluddin di Fakulti Dakwah salah

sebuah universiti di Indonesia.

Seri tertarik dengan kajian tesis Doktor Falsafah beliau yang menyelami dan mengkaji

Dakwah dan Kaedah Perjuangan Ustaz Ashaari Muhammad. Dengan tesis kajian

tersebut beliau berjaya memperolehi PhDnya. Tentu kajian yang dilakukan oleh beliau

sangat mendalam, kalau tidak masakan boleh diterima di peringkat PhD, getus hati

Seri.

Begitulah adat manusia ini, satu figur yang sangat dikenali dan dihormati di luar

negara kerana dakwah dan perjuangannya mengembalikan maruah Islam tetapi

terasing dan diasingkan di negara sendiri, memang licik musuh Islam memainkan

peranannya ibarat dalang yang bermain dibelakang tabir dan yang berperanan untuk

menjadi pemain watak-watak bikinan musuh islam itu adalah orang Islam sendiri,

bisik hati Seri.

Entah-entah Yazidpun ada datang menghadiri ekspo tersebut kerana ia dijalankan di

KL, Seri terkenangkan Yazid.

Yazidpun suka membaca tentu kalau dia ada kelapangan, pasti dia akan hadir ke ekspo

tersebut.

Entahlah kalau dia hadirpun, tentu aku tidak perasan, sebab sibuk memastikan majlis

perlancaran berjalan dengan lancar.

Bukan senang menjadi pengacara majlis kerana ia bukan ikut skrip yang tetap, ada

sahaja perubahan-perubahan yang berlaku di saat-saat akhir dan tugas pengacara

majlislah untuk mengawal agar majlis berjalan dengan lancar, getus hati Seri.

Ermm, entah-entah Yazid sudah tidak ada di Malaysia lagi, Seri membuat andaiannya

sendiri. Sejak Yazid mengikut fahaman Syiah itu, dia pernah menyatakan kepada Seri

akan rasa terasingnya dia di negara sendiri.

Yazid lebih suka berada di luar negara bersama-sama dengan mereka yang sefahaman

dengannya kerana di Malaysia ini Syiah terikat dan terkongkong dalam banyak hal.

35

Teringat Seri mengenai perbualannya dengan Yazid suatu ketika semasa mereka

sama-sama balik dari fakulti ke kampus.

Yazid bertanya kepadanya, Seri, mengapa kau suka dipanggil Seri, nama kau kan Seri

Aliahani, mengapa tak mahu dipanggil Hani ke, Alia ke, Yazid menyoalnya.

Seri teringat jawapannya terhadap soalan Yazid.

Seri suka dipanggil Seri kerana Seri suka menyerikan hati orang lain, jawabnya

sambil tergelak.

Mengapa Yazid tak suka panggil Seri, sebagai Seri ke? sambungnya lagi.

Kalau panggil Hani ke, kan best tu, honey tu kan panggilan manja, orang putihpun

selalu guna nama tu, jawab Yazid kepadanya.

Cam tu carilah girlfriend atau isteri Yazid nanti nama Hani ke, atau ada anak nanti

beri nama Hani, kalau suka sangat nama Hani tu, jawab Seri lagi.

Eh, kalau Seri ada anak, Seri nak beri nama apa, tanya Yazid pula kepadanya.

Seri suka nama Nafisah, ambil sempena nama Saidah Nafisah seorang ahli sufi

perempuan yang sezaman dengan Saidatina Fatimah, Saidah Nafisah ini keturunan

ahlulbait juga, jawab Seri.

Memang betul rupanya angan-anganku itu, bila anakku lahir, aku dan Aiman

memberikan namanya sebagai Sofea Nafisah, Seri memikirkan semula akan anganangannya

yang telah menjadi kenyataan.

Mungkin Yazidpun sudah mempunyai anak sekarang, adakah dia juga mendapat anak

perempuan seperti aku? Seri terfikir akan kemungkinan itu.

Kalaulah dia teringat kisah-kisah lama dulu, mungkin dia juga akan berikan nama

anaknya sebagai Hani atau Alia juga, ermm..tak mustahil, getus hati Seri.

Yazid sebenarnya seorang yang pendiam, sukar untuk orang yang baru mengenali

dirinya untuk mengenali peribadinya yang tersembunyi di sebalik sikapnya yang

pendiam itu.

Dia akan menjadi seorang teman yang sangat menceriakan apabila dia merasa selesa

dengan seseorang itu, kalau tidak mungkin seseorang itu akan melakukan kesilapan

dalam mentafsirkan sikap Yazid yang kadang-kadang kelihatan dingin itu dan

bersikap seperti tidak ambil kisah.

Tetapi sebenarnya dalam diamnya, Yazid suka mengusik dan kadang-kadang nakal

dan suka menyakat.

36

Yazid sebenarnya begitu perihatin cuma kadang-kadang bermasalah untuk

menunjukkan keperihatinannya itu. Kalau yang tidak begitu kenal dengan sikapnya

itu, tentu akan berkecil hati dengannya.

Seri harap isteri Yazid akan memahami sikap Yazid itu dan tidak menganggap sikap

Yazid yang tidak pandai menunjukkan perasaan itu sebagai sikapnya yang sebenar.

Teringat Seri mengenai cerita Yazid semasa zaman persekolahannya dahulu. Tentang

minatnya melukis dan menulis sajak.

Nakal juga si Yazid ni rupanya, dalam macam tu, boleh tahan juga dia mengorat

masa sekolah dulu, teringat Seri cerita Yazid tentang beberapa kawan sekolah

perempuan yang meminati Yazid.

Lain dengan sikap aku, aku ni memang ceria dan suka bercakap juga, tetapi aku

mungkin lebih naif dari dia masa sekolah dulu, getus hati Seri.

Bagaimanapun, naif-naif akupun, ramai juga yang meminati aku, hehehe, Seri

tergelak mengenangkan kisah-kisah semasa dia bersekolah dahulu.

Tetapi dengan aku dulu mengapa Yazid begitu naif, sehingga aku cuma tahu dia

meminati aku setelah kami sudah tidak bersama lagi. Seri bertanya pada dirinya.

Mungkin sebab sikap aku yang tidak menunjukkan sebarang respon pada

perhubungan kami agaknya, Yazid jadi malu untuk berterusterang.

Kalau tidak mungkin, aku dah ikut Yazid melanjutkan pelajaran ke luar negara juga,

dan masih tetap bersama sehingga sekarang, Seri cuba membuat andaian.

Itulah yang dikatakan jodoh, memang aku tidak ada jodoh dengannya, walaupun

sama-sama meminati antara satu sama lain, tetapi takdir telah menentukan kami tidak

akan bersama, maka sedemikianlah jadinya ketentuan Tuhan, getus hati Seri, cuba

memberi jawapan kepada persoalan yang dia sendiri yang mewujudkannya.

Petang itu Seri berada di ofis yang disediakan untuknya oleh fakulti tempat dia

mengajar. Walaupun dia belajar di universiti yang berlainan tetapi universiti di mana

dia bekerja memberikan ruang untuk tetap menggunakan kemudahan di tempat beliau

bekerja dengan menyediakan bilik yang khusus. Bagaimanapun, dia diminta untuk

berkongsi bilik tersebut dengan seorang lagi rakan sekerjanya.

Kebetulan pada petang itu, kawan sebiliknya ada bersama. Sudah lama Seri tidak

berkesempatan untuk berada bersama-samanya pada waktu yang sama. Masingmasing

sibuk dengan aktiviti yang berbeza dan kesempatan untuk terserempak dalam

masa yang sama agak tipis.

Kawan sebiliknya pada hari itu kelihatan ceria. Mereka bercerita dengan riangnya

perkembangan diri masing-masing, tentang keluarga, tentang anak, tentang kerjaya,

dan hal ehwal semasa. Kawannya memberitahu kedua ibu bapanya akan datang ke

rumahnya pada musim cuti sekolah nanti. Beliau sudah membelikan tiket untuk kedua

37

ibu bapanya datang melawat cucunya. Nur Alia Abdullah adalah nama kawan

sebiliknya. Beliau berbangsa Tionghua tetapi telah memeluk agama Islam semenjak

belum berkahwin lagi iaitu ketika masih belajar di universiti lagi. Kedua ibu bapanya

masih beragama Buddha, hanya kawannya seorang di dalam keluarganya yang telah

memeluk agama Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu islam.

Pada mulanya keluarga kawannya itu memberi penentangan tetapi lama-kelamaan

dengan kesabaran yang tinggi dia mampu mengembalikan keharmonian perhubungan

dirinya dengan keluarga walaupun masih berlainan agama. Betapa indahnya kasih

sayang yang diwujudkan dalam hati manusia oleh Allah SWT.

Cinta dan kasih sayang itu adalah fitrah dan ia melangkaui sempadan fahaman dan

bangsa. Betapa dengan cinta dan kasih sayang itu jika sekiranya ia melata mengikut

fitrah manusia itu diciptakan oleh Allah SWT maka tidaklah ada lagi peperangan dan

permusuhan di muka bumi ini. Semua manusia tanpa mengira fahaman, bangsa dan

agama akan hidup bersama aman damai.

Ia tidak mustahil, getus hati Seri.

Lihat sahaja kawannya walaupun berlainan agama tetapi cinta dan kasih sayang itu

tidak pernah pudar kepada kedua ibu bapa dan keluarganya. Begitu juga kedua ibu

bapanya menyayangi dirinya seperti dahulu juga.

Seri teringat kepada Yazid.

Ya, aku masih tetap menyimpan perasaan yang sama kepada Yazid walaupun aku dan

dia berlainan fahaman.

Aku harap Yazid tetap Yazid yang sama, yang tetap mampu menyayangi sesama insan

tanpa mengira fahaman dan bangsa.

Seri terkenang sebuah forum yang dilayarinya di dalam internet, mengenai perdebatan

antara yang berfahaman Syiah dengan berfahaman ASWJ. Dia terkejut apabila

membaca salah satu posting yang dihantar oleh forumner yang berfahaman Syiah

dengan menyatakan orang Islam yang berfahaman selain dari Syiah adalah busuk dan

menjijikkan malah ada hadis Syiah yang dibacanya menyatakan halal darah orang

selain dari Syiah untuk dikorbankan.

Mengapa begitu sekali mereka berkata?, Seri merasa cukup sedih dengan situasi

tersebut. Rasulullah SAW tidak pernah mengajar umatnya untuk menegakkan agama

Islam dengan senjata dan permusuhan.

Aku harap Yazid masih tetap Yazid yang dulu, yang sangat penyayang dan begitu

menghormati orang lain walaupun dia kini berfahaman Syiah.

Seri tidak dapat membayangkan sekiranya Yazid yang berkata sedemikian.

Jika sudah begitu, tentu Yazid juga menganggap aku sedemikian rupa, aku

berfahaman ASWJ, busuk dan kotor dalam pandangan Syiah, sudah tentu kini dia

38

bukan lagi Yazid yang aku pernah kenal suatu ketika dulu, tidak mengapalah kalau

aku yang dianggap begitu kerana aku tidak ada ikatan dengannya tetapi bagaimana

dengan keluarga beliau yang masih berfahaman ASWJ, adakah busuk dan kotor

jugakah mereka dalam pandangan Yazid sebagai seorang Syiah, ibu nya yang sudah

meninggal, bapanya yang sudah tua dan adik beradiknya itu adakah hina juga pada

pandangan dia?, Seri sedih memikirkan kemungkinan itu.

Kalau benarlah sedemikian, apakah yang telah berlaku ke atas dirinya, bukankah

sesuatu fahaman yang diikut itu jika benar berada di jalan Allah dan RasulNya akan

melahirkan individu yang berakhlak dan berkasih sayang sesama makhluk Allah?,

Seri bertanya kepada hatinya.

Jelas sekali dalam hadis rasulullah SAW mengenai hal ini, yang bermaksud :

Barang siapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan

menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barang siapa memperbaiki apa

yang dirahsiakannya maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terangterangan)

” (Riwayat Al-Hakim).

Ya Allah, hanya Engkau yang memberi petunjuk dan hidayah kepada Yazid, aku

hanya mampu berdoa sahaja, hati Seri memohon dengan penuh pengharapan, kerana

itu sahajalah yang dapat dilakukannya.

Namun dihati Seri walau apa pun anggapan Yazid terhadapnya, dia tidak dapat

menipu hati sendiri, dia masih Seri yang tetap mengingati Yazid dan perasaannya

masih tetap sama terhadap Yazid yang dulu dan juga Yazid yang kini.

Jika mengkaji sejarah perjuangan baginda, Rasulullah SAW mengajar umatnya untuk

berkasih sayang malah Islam itu agama yang selamat dan menyelamatkan.

Tidak pernah Rasulullah SAW membunuh seorang manusiapun walaupun di dalam

peperangan kerana menurut baginda, Jika kubunuh mereka, mana tahu nanti anak

cucu mereka akan menganut Islam, halus sekali akhlak baginda terhadap sesama

insan lantaran kasihnya baginda kepada umat manusia di dunia ini.

Peristiwa di mana baginda dibaling batu hingga berdarah oleh masyarakat Taif

menjadi satu contoh di atas kehalusan akhlak baginda. Biarpun Jibrail menawarkan

untuk menghancurkan masyarakat Taif kerana begitu berakhlak buruk dengan

Rasulullah SAW tetapi baginda sebaliknya mendoakan semoga keturunan masyarakat

Taif ketika itu akan masuk islam juga suatu ketika nanti, dan doa baginda itu

dimakbulkan Allah SWT.

Begitu murni dan hebatnya Rasulullah memberi panduan kepada umatnya. Tetapi

sayangnya umat Islam kini berpecah dan tidak bersatu padu malah turut berperang

sesama sendiri.

39

Kemunduran umat Islam bukan salah Islam itu atau salah musuh Islam, tetapi kerana

kelemahan umat Islam sendiri. Seri begitu sedih mengenangkan fenomena itu.

Mengalir air matanya mengenangkan betapalah kasihnya Rasulullah SAW kepada

umatnya tetapi di saat ini umat Islam ramai yang melupakan panduan yang telah

Rasulullah tinggalkan. Mereka hanya mengikut syariat sahaja tanpa mengambil roh

amalan itu sendiri. Sedangkan yang menghidupkan amalan adalah rohnya iaitu inti

patinya atau isinya atau hakikatnya sedangkan syariat atau fikahnya itu adalah amalan

lahir.

Dalam ASWJ, syariat (fikah) dan hakikat (tasawuf) itu penting. Ia melengkapi

ketauhidan (akidah). Syariat dan hakikat adalah cabang dari akidah. Atau

selengkapnya lagi menurut ASWJ, tertib untuk mengamalkan ajaran islam disusun

bermula dari syariat, tareqat, hakikat dan makrifat. Ertinya dimulakan dengan

syariat, kemudian bertarekat, seterusnya berhakikat dan akhirnya bermakrifat.

Semuanya saling berhubungan. Jika dibincangkan dalam bahasa bandingan. Mulamula

kita semai sebiji benih. Kemudian ia tumbuh menjadi sebatang pokok. Pokok itu

akhirnya berbuah dan buah itu apabila masak memberikan kita kesedapan rasanya,

yang tidak dapat kita ceritakan pada orang yang tidak memakannya. Maka biji benih

itu umpama syariat, menanam pokok itu umpama tarekat, buah itu umpama hakikat

dan rasa buah itu umpama makrifat. Semuanya saling melengkapi, perlu memerlukan,

sandar menyandar dan mesti berjalan seiring. Jika dipisah-pisahkan maka cacatlah

amalan seseorang itu.

Imam Malik rhm pernah berkata, maksudnya

Barangsiapa berfekah (syariat) tanpa tasawuf (hakikat) maka ia jadi fasik.

Barangsiapa bertasawuf (hakikat) tanpa fikah (syariat) maka ia jadi kafir zindik (kafir

secara tidak sedar).

Fahamlah Seri bahawa mengapa ada orang mempertikaikan umat Islam kini walaupun

hebat bersyariat, tetapi masih bermasalah dan umat Islam masih kelihatan lemah.

Rupa-rupanya sudah terpisah antara syariat dan hakikat, maka bagaimana Islam boleh

dimartarbatkan kembali jika Allah sedikit pun tidak memandang amalan tersebut.

Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 167 maksudnya,

Mereka bercakap dengan mulut mereka tetapi tidak seperti dalam hati mereka

Dan diperdalamkan lagi pengertiannya dengan hadis rasulullah SAW yang

diriwayatkan oleh Tarmizi maksudnya,

Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada

bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan

amalan kamu.

Patutlah walaupun umat Islam rajin bersolat, berpuasa dan sebagainya tetapi tetap

tidak menghalang mereka dari melakukan kemungkaran.

40

Termasuklah diri aku juga, getus hati Seri penuh penyesalan.

Ya Rasulullah, hari kelahiran dikau semakin hampir, izinkan aku mengambil

berkatnya dan bertawasul kepadamu, ya habibullah, bisik hati Seri.

Tiba-tiba dia merasa rindu yang amat sangat kepada Rasulullah SAW, setitis demi

setitis air matanya mengalir mengenangkan pengorbanan rasulullah SAW

memperjuangkan Islam dan kasih sayang Rasulullah SAW kepada umatnya.

Maafkan ana ya rasulullah, kerana tidak menjadi umatmu yang baik, Seri berbisik

pada dirinya sendiri.

Hancur luluh hatinya mengenangkan dirinya yang tidak pandai beradab dan

mengambil panduan dari wasilah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.

Terasa betapa kasih sayang rasulullah itu menyelinap memenuhi segenap hatinya, dan

rindunya kepada Rasulullah SAW terasa begitu mendalam sekali. Seakan-akan

Rasulullah SAW berada sejarak sahaja dengannya waktu itu.

Cepat-cepat Seri menyeka air matanya, dia tidak mahu kawannya ternampak dia

menangis. Mujur juga kawannya sedang asyik mengadap komputer dan

membelakanginya.

Bagaimana Syiah membuat tuduhan bahawa ASWJ tidak mencintai ahlulbait, Seri

menyoal dirinya.

Setiap ulamak dan guru mursyid dalam ASWJ sering mengingatkan bahawa

bertawasul dan mencintai ahlulbait itu adalah KEUTAMAAN. Ia dilahirkan dalam

pelbagai bentuk amalan seperti selawat, dalam doa, zikir, wirid, perayaan dan

sebagainya.

ASWJ juga tidak mempercayai cerita-cerita Syiah berkaitan dengan akhlak buruk

sahabat utama Rasulullah SAW dan fahaman mereka yang mengkafirkan sahabat

Rasulullah SAW kerana sudah terang lagi bersuluh hadis Rasulullah SAW yang

menyatakan dengan jelas akan kelebihan sahabat-sahabat utama itu.

Sabda Rasulullahkah atau cerita sejarah yang tidak terjaga kesahihan itu yang

mereka gunapakai?

41

Bagaimana mereka mendakwa diri mencintai ahlulbait sedangkan dalam masa yang

sama mereka tidak pula mempercayai sabda Rasulullah SAW dan tidak mencontohi

akhlak Rasulullah di dalam berkasih sayang sesama insan?

Seri merasa begitu keliru dengan kefahaman mereka yang penuh dengan kontradiksi

itu.

Apakah ini fitnah dan bencana yang telah diramal oleh rasulullah SAW yang bakal

berlaku ke atas ahlulbait itu, Seri bertanya kepada akal dan hatinya.

Seri teringat tentang sebuah hadis Rasulullah berkaitan dengan ahlulbait iaitu

mengenai penyingkiran ahlulbait serta fitnah dan bencana yang akan menimpa mereka

di akhir zaman. Ia telah disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya iaitu :

Ibnu Masud RA meriwayatkan bahawa,

“Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita

gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada

baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk

mendengarnya.

Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim yang di antaranya

adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba keduadua

mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kami

melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu.” Baginda menjawab, “Kami

Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan

menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji

Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka

pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan

kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau

terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang

mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli

keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku.

Dia akan memenuhkan dunia ini dengqn keadilan dan kesaksamaan.” (Abu Daud, At-

Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi,

Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

Rasulullah SAW menyebutkan bahawa golongan Ahlulbait akan menerima dua ujian

iaitu pertama, bencana dibunuh dan ditekan oleh pemerintah-pemerintah mereka, dan

yang kedua ialah disingkirkan dari tanah air mereka.

Ujian pertama itu sudah berlaku sejak awal Islam lagi, dimulai dengan terbunuhnya

Saidina al-Husain RA di Padang Karbala dan seterusnya hinggalah berakhir zaman

pemerintahan Bani Abbasiah di Baghdad.

Yang kedua iaitu disingkir dari tanah air mereka telah juga berlaku iaitu sejak Bani

Saud mengambil alih kekuasaan di seluruh Hijaz dan sebahagian besar Semenanjung

Tanah Arab.

42

Maka berdasarkan hadis tersebut yang akan memperjuangkan ahlulbait kembali

adalah dimulakan oleh seorang lelaki yang ditangannya ada panji-panji hitam dan juga

merupakan ahlulbait yang akan pula menyerahkan kekuasaan tesebut kepada ahlulbait

juga yang disebut RSAW namanya adalah Muhammad bin Abdullah, seperti juga

dengan nama RSAW.

Ben Gurion bekas perdana menteri Israel seorang Yahudi sangat mempercayai hadis

yang berkaitan dengan akhir zaman dan pernah berkata :

Sesungguhnya yang paling menakutkan bangsa Yahudi ialah kalau dalam dunia

Islam sudah lahir seorang Muhamad baru iaitu berdasarkan hadis tersebut yang

menyatakan nama pemimpin tersebut seperti nama Rasulullah SAW.

Siapakah MEREKA yang dimaksudkan oleh Rasullulah SAW itu yang akan

memuliakan kembali ahlulbait di akhir zaman ini, Seri terfikir mengenai persoalan itu.

Ermm, jika benar seseorang itu mencintai rasulullah dan keluarganya bukan sekadar

dimulut sahaja tetapi dengan hati, tentu mereka berusaha untuk mengenali dan

mencari siapakah MEREKA itu.

Tetapi malangnya ada segolongan umat Islam akhir zaman ini hanya memberi alasan

mudah, bila Imam mahdi lahir nanti kita baiahlah atau ada pula yang langsung tidak

mempercayai akan lahirnya Imam Mahdi ini, berbagai-bagai pendapat, getus hati

Seri.

Tak kisahlah hal itu, diri aku sendiri bagaimana?, Seri bertanya kepada dirinya

sendiri.

Kasih benar rasulullah SAW kepada golongan ini sehingga mengalir air matanya

apabila mengenangkan perjuangan mereka memuliakan kembali golongan ahlulbait di

akhir zaman ini.

Tentu hebat ujian yang diterima oleh golongan ini sehingga Rasulullah sendiri

menangis.

Rasulullah SAW juga pernah menyatakan kecintaan dan kerinduan yang sangat

mendalam kepada golongan ini dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA

dan Anas RA dengan sabdanya :

Aku tersangat rindu kepada para ikhwanku. Maka bertanyalah para sahabat, ya

rasulullah bukankah kami ini Ikhwanmu?. Rasulullah SAW menjawab, Bukan, malah

kamu adalah sahabatku. Sedangkan ikhwanku adalah orang yang beriman denganku

walaupun mereka tidak pernah melihatku.

MEREKA yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu dipanggil Ikhwan.

Jadi bersalahan sungguhlah kalau kita sebagi umat Islam buat endah tak endah aje

perasaan dan sabda rasulullah SAW ini, Seri berbisik kepada dirinya.

43

Ermm..aku perlu mengambil perhatian yang sungguh-sungguh mengenai hal ini

dengan menambah ilmu mengenai hal-hal akhir zaman, Seri berikrar pada dirinya.

Seri teringat mengenai lirik sebuah lagu yang dinyanyikan Mawaddah dan dia sangat

meminati nasyid tersebut kerana melodinya yang menarik dan menyentuh kalbu,

mengusik rasa dan boleh menitiskan air mata sesiapa yang menghayatinya.

Perlahan-lahan Seri mengalunkannya dengan nasyid tersebut sehingga menitis airmata

dikedua-dua belah pipinya.

Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman

Yang disabdakan dari lidah rasul junjungan

Agar kita menjadi orang yang membuktikan

Golongan yang baginda rindukan

Tika para sahabat itu bertanya

Siapakah yg diberi gelaran itu padanya

Membara cemburu dihati mereka

Hingga menitiskan airmata

Lantas baginda menyambung lagi

Ikhwan itu mengamalkan sunnhku

Bagai mengenggam bara api

Dan mereka amat menyintaiku

Sekalipun tak pernah bertemu

Ukhwah mereka bagaikan

Susunan batu bata

Saling menguatkan di antara mereka

Umpama satu ibu dan satu ayah

Fikiran, keyakinan dan keselarasan

Perjuangannya ibarat singa disiangnya

Bagai abid pula dimalam harinya

Rubbanun bil laili wa fursanun finnahar

Gelaran yang baginda berikan

Namun Ikhwan bukan sebarang pilihan

Mereka pilihan di atas pilihan

Bilangannya sedikit

Tetapi besar di sisi Tuhan

Kerana dosa amat dihindarkan

Luarbiasanya taqwa Ikhwan

Kerana takwanya diberi pertolongan

44

Kerana takwanya diberi rezeki

Dan dunia diselamatkan Tuhan

Wahai pencinta-pencinta kebenaran

Yang menagih janji Tuhan

Rebutlah gelaran Ikhwan di akhir zaman

Ia tawaran yang tiada bandingan

Pagi itu hari minggu. Kebiasaannya Seri akan ke tasik yang berdekatan untuk

berriadah. Selalunya dia akan bersama Aiman berjoging di tasik itu tetapi pada

minggu itu Aiman outstation dan tidak dapat menemaninya seperti selalu.

Tasik itu di awal pagi kelihatan begitu tenang dan hening. Setelah beberapa kali

berjoging di sekeliling tasik itu, Seri berhenti melepaskan lelahnya. Dia duduk di atas

satu bangku yang menghadap kehijauan air tasik itu. Dari situ dia dapat melihat

masjid yang tersergam indah di tengah-tengah bandar tersebut. Masjid yang berkubah

biru itu begitu harmoni sekali kelihatan apabila dipayungi dengan awan biru putih di

langit pagi itu.

Sungguh mendamaikan mata yang memandang dan angin sepoi-sepoi bahasa juga

bertiup menggugurkan dedaunan pohon-pohon yang subur menghijau memagari

sepanjang laluan jalanan di tasik tersebut. Sesekali kelihatan air tasik berkocak oleh

gerakan ikan yang sedang memagut makanan dipermukaan tasik tersebut. Dari jauh

Seri dapat melihat angsa putih berenang perlahan-lahan dengan pasangannya.

45

Di tasik itulah pertemuan terakhirnya dengan Yazid. Tasik yang banyak menyimpan

kenangan mereka bersama. Tidak disangka, tasik itu masih begitu setia dengannya

walaupun kini hanya dia seorang yang melawatinya tanpa jemu. Seri terkenangkan

kembali pertemuan terakhirnya dengan Yazid.

Petang itu hatinya menjadi begitu riang sekali kerana dapat berjumpa Yazid setelah

begitu lama terpisah kerana Yazid melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dua tahun

dia tidak berjumpa dengan Yazid dan kerinduan itu akan terubat juga pada petang itu

apabila dapat berjumpa dengan Yazid.

Dia memakai baju berwarna biru kesukaannya dan memakai seluar panjang berwarna

krim serta bertudung biru putih pada petang itu. Memang biru adalah warna kesukaan

dia dan Yazid.

Pasti Yazid akan memakai cap biru kesukaannya dan berjaket hitam pada petang itu,

Seri pasti sekali akan hal itu kerana dia tahu Yazid memang seorang yang rutin.

Dari jauh dia melihat Yazid datang menghampirinya. Hatinya berdebar-debar,

degupan jantungnya terasa begitu kuat sehingga dia merasa sukar untuk bernafas

seperti selalu.

Memang benar Yazid berpakaian seperti biasa dengan jaket hitamnya, baju t-shirtnya,

cap birunya dan seluar jeansnya yang agak lusuh itu , tepat sekali telahan Seri.

Dia tersenyum kepada Yazid apabila Yazid datang dan tiba ke sisinya yang sedang

duduk di atas sebuah bangku di tasik tersebut.

Yazid menyapa dan memberi salam kepadanya. Yazid duduk menghadapnya dan

mereka dipisahkan di tengah-tengah oleh sebuah meja kayu yang memang diletak

sebagai pemisah antara bangku yang didudukinya dan bangku yang diduduki oleh

Yazid.

46

Ah, betapa malunya dia di saat itu kerana pertemuan itu sangat berbeza dengan

pertemuan mereka sebelum Yazid melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebelum itu

mereka hanya berkawan tetapi dalam masa dua tahun ini, masing-masing sudah

menyimpan perasaan rindu, sayang dan kasih, menyulam dan menyimpul harapan dan

impian bersama.

Yazid dan Seri begitu seronok bercerita tentang perkembangan diri masing-masing

seakan masa yang berlalu tidak mereka sedari. Mereka berjalan-jalan di sekitar tasik

itu dengan riangnya. Seakan dunia hanya milik mereka berdua sahaja ketika itu.

Setelah penat berjalan mereka singgah di satu sudut bangku yang kosong di tasik

tersebut. Seri melihat di wajah Yazid ada lontaran perasaan yang tidak kesampaian

diluahkan. Dia bertanya kepada Yazid apakah persoalan yang menghantui perasaan

dia ketika itu. Berat sekali kelihatan Yazid untuk meluahkan perasaannya itu.

Yazid berkata kepadanya, Seri, maafkan Yazid, walaupun berat untuk Yazid

sampaikan dan beritahu kepada Seri tetapi Yazid harus berterus terang dengan Seri

juga.

Seri memandang wajah Yazid dengan penuh kehairanan.

Ada apa Yazid, nampak serius sekali Yazid ni, menakutkan Seri ajer, Seri berkata

dengan wajah yang penuh kekeliruan.

Seri, kau tahu selama Yazid di luar negara, Yazid melakukan kajian mengenai Syiah

di sana, Yazid memberitahunya. Yup, Seri tahu itu kajian tesis Yazid, jawab Seri.

Seri, Yazid kini menerima Syiah sebagai fahaman Yazid dan Yazid bukan lagi ASWJ

seperti Seri, Yazid meluahkan persoalannya.

Seri benar-benar terkejut dengan pengakuan Yazid itu. Terasa sejuk darah yang

mengalir di dalam badannya ketika menerima berita itu. Seri tahu apa fahaman

Syiah ? tanya Yazid lagi kepadanya.

Seri mengangguk kerana dia memang pernah mengikuti maklumat-maklumat

mengenai iktikad-iktikad dalam Islam semasa dia memperdalami fahaman ASWJ.

47

Dia melihat perbandingan dari segi fahaman ASWJ dan fahaman-fahaman yang lain.

Dan dia yakin dengan fahaman ASWJ sebagai pegangannya.

Jadi apa yang Yazid rungsingkan, tanya Seri lagi.

Kita berbeza fahaman, walaupun masih saudara seislam tetapi fahaman yang berbeza

akan menyebabkan Yazid dan Seri akan berada dalam konflik yang tidak

berpenghujung, jawab Yazid.

Yazid sayang pada Seri dan Yazid tidak mahu melukakan hati Seri kerana perbedaan

itu. Bagaimana kita dapat hidup bersama, dan meneruskan perhubungan ini jika kita

tahu hati masing-masing akan terluka, Yazid menyambung lagi.

Yazid mahu mengamalkan Syiah dengan lengkapnya, Yazid mahu menjadi pengamal

Syiah yang taat.

Seri terpempan mendengar pengakuan Yazid itu.

Dia tahu maksud Yazid, menjadi seorang Syiah yang sempurna bermaksud dia dan

Yazid akan berbeza syariat, iktikad dan amalan walaupun masing-masing masih

berada dalam golongan Islam.

Ia amat berlainan dalam AWSJ walaupun ada pelbagai mazhab, yang membezakan

antara satu mazhab dengan mazhab yang lain hanyalah ijtihad ulamaknya dari segi

perkara furukiyah. Tetapi berbeza dengan Syiah dan ASWJ. Perbezaannya bukan

setakat amalan tetapi juga iktikad mereka bertentangan.

Sudikah Seri menerima Yazid sebagai pasangan hidup Seri dan juga menerima

fahaman Yazid dengan penuh rela?, Yazid bertanya kepadanya.

Ya Allah, hati kecil Seri menjerit, mengapakah ujian ini yang Kau berikan kepadaku

ini wahai Tuhan? Seri terdiam dan tidak tahu untuk berkata-kata apa.

Dia berada di dalam satu persimpangan dan pertarungan hati yang maha hebat ketika

itu. Antara kasih dan cintanya kepada Yazid dengan pegangan fahaman yang

diyakininya.

Dia harus memilih salah satu sahaja kerana itulah yang dipinta oleh Yazid darinya.

Menerima Yazid bermakna menerima juga fahamannya.

Mengapa Yazid buat Seri begini, tidak kasihankah Yazid pada Seri, Seri bertanya

kepadanya.

Tidakkah kita boleh terus bersama walaupun berlainan fahaman, tanya Seri lagi.

Yazid menggeleng-gelengkan kepalanya.

48

Seri, Yazid tidak sanggup menghadapi risikonya nanti, Yazid tidak mahu hati kita

masing-masing terluka dan perhubungan kita terjejas kerana masalah ini, biarlah kita

sengsara dan merana sekarang sebelum ia menjadi semakin parah, jawab Yazid.

Jika kita tidak dapat menerima perbezaan itu, maka eloklah kita berpisah dari

sekarang sebelum segala-galanya menjadi semakin rumit di kemudian hari nanti,

Yazid menambah lagi permintaannya

Berpisah ? Seri merasakan perkataan itu adalah satu hukuman mati kepadanya.

Alangkah pedihnya permintaan Yazid itu, hatinya seakan direntap dan diragut dengan

kejam sekali, sampai hati kau Yazid,

Seri menangis dan dia tidak berupaya menahan air matanya dari keluar ketika itu.

Yazid tidak memandang wajah Seri, dia hanya memandang dengan penuh kesayuan

pada air tasik di hadapannya.

Tetapi kelihatan dikelopak matanya juga ada bening air mata yang terkumpul di

dalamnya. Mereka sama-sama sedih, bertarung dengan hati masing-masing, jeritan

perasaan masing-masing terperangkap dalam jasad mereka, pedih, sayu dan terhiris,

seakan dunia menghempap mereka ketika itu.

Tiba-tiba Yazid menyentuh dan mengenggam tangan Seri, itulah pertama kali dia

berbuat demikian.

Selama mereka berhubungan selama ini, belum pernah lagi Yazid menyentuh dirinya

walaupun sekadar berpegangan tangan.

Yazid membawa tangan Seri ke dadanya, dan berkata;

Seri, Yazid bukan mahu menyiksa Seri dengan permintaan ini, malah Yazid

sebenarnya lebih memikirkan kebaikan diri Seri sendiri dari diri Yazid.

Cinta dan kasih sayang Yazid pada Seri tidak pernah berubah, ia tetap di sini, di hati

ini, Yazid bawa sampai mati.

Tetapi Seri, cinta bukan bererti harus memiliki apa yang dicinta secara lahiriah, cinta

itu di hati, kita tidak akan kehilangannya walaupun kita terpisah dalam realiti.

Fahamkanlah wahai Seri, Yazid berjanji Yazid tidak akan melupakan Seri, kerana

cinta ini di hati, dan Yazid akan tetap bawa bersama hingga ke sana ketika Yazid

sudah tidak ada lagi didunia ini.

Seri tersedu-sedu menangis mendengar pengakuan Yazid itu, apa yang Yazid katakan

itu, itulah juga kata-kata hatinya.

  

49

Seri, Yazid tidak memaksa Seri, Yazid tahu sukar untuk Seri membuat keputusan

untuk menerima fahaman Yazid.

Kita tidak ada jalan lain lagi, kita serahkan pada takdir, buat masa ini biar kita

berpisah, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari kelak.

Jika kita ada jodoh, mungkin kita akan bersama juga akhirnya, jika tidak redhalah

dengan ketentuan Tuhan, Yazid mengenggam tangan Seri dengan kuat seakan seperti

dia tidak mahu melepaskannya lagi.

Yazid,…., Seri kehilangan kata-kata, dia tidak tahu bagaimana untuk meluahkan lagi

perasaan hatinya.

Berjanjilah pada Seri, Yazid, berjanjilah. Ini bukan pertemuan kita yang terakhir dan

kita bukan berpisah untuk selama-lamanya, Seri masih tetap berharap kita akan

berjumpa juga suatu ketika nanti.

Yazid memandangnya dengan wajah sayu, dan berkata,

Baiklah Seri, Yazid berjanji, insyaAllah suatu ketika nanti kita akan berjumpa lagi.

Sekarang ini Yazid akan meninggalkan Malaysia dan merantau ke luar negara, Yazid

akan hidup bersama-sama dengan golongan Syiah di sana, dan Yazid tidak dapat

berjanji kepada Seri bilakah Yazid akan kembali ke sini lagi.

Seri, teruskan hidup ini dan jangan tunggu Yazid, terimalah lelaki lain dalam

hidupmu kerana Yazid tidak dapat menjanjikan apa-apa pada Seri.

Akhirnya tumpah juga air mata seorang lelaki bernama Yazid deras menuruni pipinya

menitis ke atas genggaman tangan Seri.

Hangatnya air mata itu tidak dapat lagi menghangatkan hati Seri yang seakan pecah

berderai di dalam kebekuan melihat kesedihan dan mendengar kata-kata Yazid itu.

Begitulah berakhirnya pertemuan tersebut. Pertemuan yang disangka membawa panas

hingga ke petang, tetapi rupa-rupanya hujan di tengahari.

50

Tasik itulah yang menjadi saksi kepada pertemuan tersebut dan mungkinkah tasik ini

akan menemukan mereka kembali? Seri bertanya kepada dirinya.

Wahai tasik, kau simpanlah kenangan aku bersama Yazid yang kami pernah lakarkan

di sini, segala yang pahit dan manis itu akan menjadi khazanah buatmu.

Aku hanyalah perindu kepada kenangan. Seri menyeka air matanya yang tumpah tibatiba

tanpa dibendung-bendung lagi. Seakan baru semalam peristiwa itu berlaku, bisik

hatinya lagi.

Mengapa Yazid tidak menghubungi aku sekembalinya dia ke Malaysia, Seri bertanya

kepada dirinya.

Masih ingatkah lagi janji dia padaku untuk berjumpa kembali, apakah dia sudah

melupakan aku atau aku sahaja yang masih tidak dapat melupakannya, Seri merasa

sayu mengenangkan kemungkinan itu.

Yazid, mungkin tidak tahu di mana aku kini, kami sudah lama terputus hubungan, aku

juga tidak tahu bagaimana untuk menghubunginya kerana tidak ada alamat atau emel

yang diberikannya setelah dia meninggalkan Malaysia dulu.

Oh Tuhan, Engkau yang menemukan, Engkau yang memisahkan, tidak ada yang

mustahil jika Engkau Berkehendak.

Seri tidak pernah berhenti berharap untuk bertemu Yazid dan dia masih memegang

janji Yazid tersebut.

Untuk apakah pertemuan itu, hatinya bertanya. Entah dia sendiripun tidak mengerti

perasaannya sendiri.

Terkenang Seri sebuah lagu yang pernah didengarnya, bait-bait liriknya seakan

menggambarkan jawapannya kepada persoalan itu.

Kegelisahan didalam kedinginan

Meniti sepi keseorangan

Sebuah kematian yang tiada bernisan

Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas

Namun keupayaanku terbatas

Segala mimpi menjadi asing

Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan

Menjadi mimpi berterbangan

Tersekat nafasku kabur pandangan mataku

Amat tersiksa diriku

51

Kerana kehilanganmu

Mengapakah terus mengharap menanti

Walau cukup kusedari

Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan

Biarpun dikau masih kuperlukan

Kita dikatakan pasangan bahagia

Kini terasing luka

Sejuk di luar sana selepas hujan turun dengan lebatnya. Seri masih di pejabatnya

sedang menaip dan memperkemaskan penulisan tesis kajiannya. Sejak akhir-akhir ini

cuaca menjadi tidak menentu.

Di waktu tengahari begitu panas, tetapi di petang hari pula, hujan tiba-tiba akan turun

dengan lebatnya. Cuaca yang sebegini boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang

itu.

Teringat dia kepada Yazid, yang pernah menceritakan kepadanya mengenai kehidupan

beliau di luar negara sewaktu musim salji melanda. Yazid rupanya tidak sesuai dengan

cuaca sejuk yang keterlaluan dan selalu beliau akan meghadapi masalah kesukaran

untuk bernafas sewaktu cuaca terlalu sejuk terutamanya di awal pagi musim salji.

Yazid bercerita kepadanya, “Kadang-kadang tu, Yazid ndak naik tangga 3, 4

langkahpun dah tak larat sebab semput”, ceritanya pada Seri.

Kasihan Seri mendengar cerita Yazid itu.

Ermm, dah lama aku tak pergi Gimnasium, getus hati Seri.

Tentu student yang selalu menjadi Personal Trainer di Gim tersebut tertanya-tanya

mengapa aku sudah lama tidak datang melakukan exercise di sana, bisik hati Seri

lagi.

Apa ndak buat, sibuk sejak akhir-akhir ini menyebabkan aku tak berkesempatan ke

situ, kata hati Seri lagi.

Ermm, lepas penat dan berpeluh di gim, boleh pula bersauna secara percuma di situ,

banyak kemudahan yang disediakan secara percuma kepada staf di universiiti tempat

52

aku bekerja ni, maklumlah di sini ada Fakulti Sukan, tenaga pelatihpun ramai, untung

aku jika dibandingkan dengan orang lain yang terpaksa membayar sejumlah wang

untuk menjadi ahli di mana-mana pusat riadah dan senaman diluar.

Seri terkenang kehidupan penduduk di kampungnya. Mereka tidak perlu melakukan

riadah seperti orang yang tinggal dibandar kerana kehidupan kampung yang aktif

sudah cukup menjadi latihan riadah untuk mereka. Bekerja di kebun, menoreh getah,

bersawah dan sebagainya menuntut tenaga empat kerat yang memerah peluh dan

keringat.

Seronok sebenarnya tinggal di kampung, jika di beri pilihan sebenarnya aku lebih

suka tinggal di kampung, getus hati Seri. Aku tak betah hidup cara orang bandar,

sebab aku ni konservatif sikit, bisik hati Seri lagi.

Ah panas pula bilik ni selepas black out tadi dan tak ada pula yang datang

memperbaikinya, rungut Seri.

Baiklah aku balik sahaja haripun sudah hampir senja. Setelah berkemas barangbarang,

Seripun beredar dari biliknya.

Semasa melalui bilik kawannya, Seri dipanggil oleh kawannya. Rupa-rupa kawannya

bermaksud untuk memberikannya ikan terubuk masin Sarawak kerana baru-baru ini

kawannya yang memang berasal dari Sarawak seperti juga kawan sebiliknya baru

balik ke kampungnya di seberang sungai Sarawak. Kawannya bercerita rumahnya

berdekatan sahaja dengan rumah Camelia penyayi dari Sarawak itu.

Ah, malam ini bolehlah makan ikan terubuk goreng, ermm..tentu suaminya Aiman

suka, getus hati Seri. Aiman memang suka ikan masin.

Seri teringat pada Sofea. Sofea ni kalau tak ada ayam masak merah, kuranglah dia

berselera makan nasi.

Oklah, malam ini masak ayam masak merah, goreng ikan masin dan goreng sayur

campur, Seri merancang menu masakannya untuk malam itu.

Dia memang suka merancang dan berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa perkara

walaupun cuma sekadar menu masakan.

Sebagai wanita berkerjaya, adalah satu keperluan melakukan perancangan teliti

kerana ia melibatkan pengurusan masa yang berkesan. Jika tidak dilakukan

sedemikian, tentu menjejaskan pengurusan masa dan menjadi masalah pula, getus

hati Seri.

Ramai yang hairan dengan sikapnya yang tenang dan ceria selalu itu kerana baginya

tidak ada masalah yang besar jika masa diuruskan dengan berkesan.

Itu merupakan kemahiran akal, buat apa belajar tinggi-tinggi kalau kemahiran

berfikir itu tidak digunakan dalam semua hal lebih-lebih lagi dalam urusan

53

rumahtangga seperti memasak, berkemas dan sebagainya, kemahiran perancangan

dan pengurusan masa itu perlu diamalkan dalam setiap aktiviti yang dilakukan

barulah seimbang, getus hati Seri.

Hari itu Seri balik lebih awal dari biasa ke rumah. Sofea pula masih berada dirumah

pengasuhnya. Kesempatan yang terluang itu membenarkan Seri untuk berehat. Sedang

dia berehat-rehat di atas sofa di ruang tamu rumahnya, dia teringat akan CD yang

dipinjam dari kawannya di Fakulti semalam.

Sebenarnya Seri bukanlah seorang yang suka melihat filem dari CD dan sebagainya

jauh sekali memperuntukkan masa untuk menjejakkan kaki ke panggung wayang.

Seingat dia, kali terakhir mungkin 10 tahun yang lalu dia pernah memasuki panggung

wayang. Itupun kerana dipaksa oleh kakak dan abang iparnya kerana ketika itu dia

mengikut mereka pergi membeli belah di pasaraya di bandar Kuantan.

Entah mengapa dek kerana cerita kawannya yang sungguh menarik mengenai jalan

cerita drama itu, teringin pula dia menonton cerita tersebut.

Kawannya berkata, drama itu sungguh menarik dan mengisahkan cerita mengenai

cinta pertama yang sungguh menyayat hati. Tajuknya adalah Winter Sonata.

Yang membuat Seri tertarik untuk melihatnya kerana dia memang suka mendengar

lagu tema drama itu dan muzik instrumental yang digunakan untuk menyeri jalan

ceritanya. Memang lagu dan muzik dalam drama itu membuatkan hatinya tersentuh

walaupun pertama kali dia mendengarnya.

Irama dan lirik lagu di dalam drama itu begitu bersesuaian untuk menggambarkan

perasaan insan yang pernah melalui cinta pertama, mungkin juga pencipta lagu

tersebut sedang bercinta atau terkenang cinta pertamanya sewaktu dia mencipta lagu

tersebut, getus hati Seri.

I never know it is so hard to love someone

Everytime I want to smile you let me cry

You make my everything go wrong

Everytime I think of you, all my defences give way

I tried hard to forget you, but I just cant forget

54

If I cant meet you again

I really hope to forget you,

To forget the entire you in my heart

  

Seri memasang CD tersebut dan mula menontonnya. Memang menarik drama tersebut

dan permulaannya sungguh menceriakan. Kenakalan heroinnya seperti mengingatkan

dirinya kembali kepada alam remaja yang pernah ditinggalkan dan kini menjadi

kenangan terindah dalam hidupnya.

Memang zaman remaja penuh keceriaan. Tertidur di dalam bas hingga terlepas

perhentian, selalu lambat sampai ke sekolah, didenda guru, suka mengusik kawan,

tetapi disebalik semua itu dia gadis remaja yang naif.

Tersenyum dia bila melihat heroin itu sedang menari-nari sewaktu mendengar lagu

Dancing Queen dari kumpulan ABBA yang dipasangnya.

Seri tergelak, dalam hatinya berkata, sebijik perangai aku bila dapat dengar lagu

rancak tapi cuma berani buat-buat gila begitu bila tak de orang nampak aje .

Kebetulan Seri memang meminati lagu itu kerana lagu itu memang sesuai untuk

menggambarkan keceriaan seorang remaja. Yang lebih kelakar pada tanggapan Seri

ialah apabila siheroin tersipu-sipu malu kerana tidak menyedari perbuatannya itu

diperhatikan disebalik pintu oleh seorang kawan lelakinya yang merupakan hero di

dalam drama itu.

Kalau aku kena cam tu, merah padam juga muka aku agaknya, Seri tersenyum simpul

sendiri.

Sepanjang petang itu Seri terleka menonton CD itu. Mungkin jalan ceritanya sedikit

perlahan tetapi bagi Seri drama itu sungguh berseni dan halus pengkaryaannya. Ia

berbeza dengan drama yang dihasilkan di Malaysia kerana drama itu bukan sekadar

55

cerita cinta tetapi berupaya mengungkap falsafah melalui bait-bait skrip yang

diucapkan oleh pelakon-pelakonnya. Ia bukan sekadar skrip kosong tetapi setiap

ungkapan lirik itu diolah dengan begitu terperinci dan berseni.

Memang drama ini berbeza dengan drama cinta yang lain kerana tidak ada unsur

keterlaluan di dalam ceritanya malah terkawal dan bertapak dibumi nyata. Ia sebuah

filem cinta yang jujur dan menceritakan mengenai sebuah cinta yang penuh

keikhlasan dan sejati.

Tengahari itu Seri berada di ofisnya, sewaktu beliau membuka emel yang sampai

kepadanya, dia mendapat info mengenai satu seminar yang akan dijalankan di Kuala

Terengganu pada bulan Ogos nanti.

Seri terkenangkan kertaskerjanya yang sudah siap tetapi masih belum berkesempatan

dibentangkan di mana-mana seminar kerana tidak ada seminar yang bersesuaian untuk

dibentangkan.

Ia merupakan satu kertaskerja yang berkaitan dengan bidang pengurusan sistem

maklumat dari perspektif islam. Sebenarnya beliau cuba mengetengahkan minda

Ustaz Ashaari Muhammad yang banyak memperkatakan isu mengenai ilmu dan

hikmah dari perspektif Islam.

Dari pembacaan Seri semenjak dari kajiannya semasa melakukan penyelidikan di

peringkat sarjana lagi, penyelidik-penyelidik barat dan timur seakan putus dan buntu

idea bila membincangkan soal definisi WISDOM (hikmah) kerana mereka tidak dapat

mengapai dengan akal apakah yang tersirat di sebalik definisi tersebut, dan tidak ada

perbezaan yang tepat di dalam membezakan makna hikmah dengan pengetahuan.

Tetapi apabila membaca dan menghayati minda ustaz Ashaari Muhammad melalui

buku-buku yang ditulis oleh beliau, sebenarnya Seri mendapati begitu mudah rupanya

rahsia itu terurai dan ia disampaikan oleh ustaz Ashaari Muhammad dengan begitu

meyakinkan.

Cuma masalahnya, adakah ahli akademik yang mengamalkan budaya mendewakan

sijil dan pengiktirafan akan menerima konsep yang dibawa dan dicernakan oleh ustaz

56

Ashaari Muhammad itu yang tidak mempunyai susurgalur akademik formal yang

meyakinkan itu?.

Nampaknya aku mesti menggunakan strategi menarik rambut dalam tepung, rambut

tidak putus, dan tepung tidak berserak, ermm, apa nak buat hidup mesti pandai

mengatur strategi, jika melulu dan semborono masakan mungkin tercapai misi dan

matlamat, getus hati Seri.

InsyaAllah, aku sudah nampak jalan bagaimana mengatur strategi tersebut,

terimakasih Tuhan.

Sedang beliau membuka satu persatu emel yang sampai kepadanya, dia terperasan ada

satu emel yang tidak dikenali pengirimnya. Lantas beliau membuka emel tersebut.

Ya Allah, maha besar Engkau Tuhan, rupa-rupanya emel dari Yazid.

Setelah sekian lama tidak mendapat apa-apa berita dari Yazid, akhirnya Tuhan

membuka peluang beliau untuk mengetahui berita mengenai Yazid. Tuhan telah

memakbulkan doanya yang tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan Yazid walau

dimana sekalipun dia berada.

Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaannya apabila membaca satu persatu

perkataan yang ditulis oleh Yazid kepadanya.

Rupa-rupanya Yazid hanya kembali sebentar ke Malaysia sahaja, menyandang

jawatan sebagai tutor dan kini kembali ke perantauan kerana menyambung

pelajarannya di peringkat doktor falsafah. Yazid mengetahui emelnya sewaktu

melayari maklumat staf di universiti tempat Seri bekerja.

Sungguh Seri tidak menyangka, rupa-rupanya Yazid juga sedang melanjutkan

pelajaran di peringkat PhD seperti dirinya juga. Suatu kebetulan yang sungguh tidak

terjangka.

Seri tidak tahu sama ada untuk rasa gembira atau rasa sedih dengan pertemuan di siber

yang tidak terjangka itu.

Apakah implikasinya jika perhubungan disambung semula, adakah tega hatinya

membendung rasa yang telah terbina sekian lama di dalam kenangan lama yang

57

tersimpan kukuh dihatinya itu atau bolehkah dia dan Yazid melupakan semua itu dan

menjadi kawan biasa sahaja?.

Mampukah aku, tanya Seri kepada dirinya.

Seri termenung memikirkan kemungkinan itu sambil merenung ke luar jendela. Dia

tidak dapat mentafsirkan hatinya sendiri di kala itu.

Seri melihat ke luar jendela, panas mentari di waktu pagi semakin memijar dan

menyebabkan dia terpaksa membuka kipas dengan lebih kuat lagi. Hari ini dia tidak

ke pejabat kerana merasakan kesihatannya tidak begitu baik mungkin kerana

semalam sibuk membersihkan rumah baru yang akan didudukinya tidak lama lagi.

Banyak debu dan kotoran yang terpaksa dibuang dan dibersihkan kerana rumah itu

merupakan rumah baru.

Tercapai juga hasrat Seri untuk mempunyai sebuah rumah di persekitaran kampung

yang berdekatan dengan pantai. Hanya kira-kira setengah jam perjalanan kereta sahaja

dia dapat merasai suasana pantai yang selalu dirinduinya itu.

Walaupun pantainya tidak seindah pantai di negerinya tetapi itu sudah mencukupi

buatnya kerana dia memang pernah berangan-angan untuk mempunyai sebuah rumah

yang berhampiran dengan pantai.

Ya, aku ini selalu berangan, dan selalu berkongsi angan-angan dengan kawan-kawan,

kadang-kadang aku juga terperasan, Tuhan memakbulkan angan-angan aku itu.

Mungkin kerana aku berangan-angan dengan harapan yang optimistik agaknya, jadi

Tuhan makbulkan doa aku itu, getus hati Seri.

58

Teringat Seri mengenai perbualannya dengan kawan rapatnya semasa di sekolah dulu

yang sudah lama tidak dihubunginya, Nik yang kini sudah berumah tangga dan

mempunyai anak. Kenakalan dia dan Nik di asrama memang sentiasa diingati dalam

kenangan, sama-sama ponteng dan bersembunyi di asrama kerana malas untuk ke

kelas menjadi satu memori yang tidak dapat dilupakan.

Itu semua gara-gara akulah yang mengajak Nik untuk ponteng kelas sebab tidak

bersedia untuk menghadapi ujian bulanan Kimia, kesian Nik sebab akulah, bulan itu

dia dapat nombor terakhir dalam kelas kerana purata markah tetap dibahagi dengan

lapan walaupun cuma tujuh subjek yang mempunyai markah, aku pula sebab dapat

cover dengan markah subjek yang lain tidaklah pula dapat nombor akhir, Seri

terkenang muka moyok si Nik sewaktu itu.

Apa pun semua itu telah berlalu, dia dan Nik sama-sama mendapat keputusan yang

cemerlang dalam SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti cuma

ditakdirkan Tuhan mereka melanjutkan pelajaran di universiti yang berlainan.

Nik kini sudah menjawat jawatan sebagai pegawai pengurusan atasan di sebuah

jabatan kerajaan yang bersesuaian dengan bidang pengajiannya iaitu remote sensing.

Nik hanya mengambil masa setahun sahaja untuk menghabiskan pengajian di

peringkat sarjana di dalam bidang tersebut di Australia.

Itu tidak menghairankan Seri kerana dia tahu Nik memang bijak cuma seperti dirinya

kadang-kadang tidak serius dan lebih suka mengambil mudah banyak perkara.

Seri terkenangkan Yazid. Sifatnya yang tidak fokus dan selalu bersikap ambil mudah

itu berlainan dengan Yazid. Yazid seorang yang fokus dan teliti. Bila dia membuat

sesuatu dia akan tumpukan sepenuh perhatian kepada perkara tersebut.

Seri selalu dimarahi oleh Yazid kerana selalu tidak serius di dalam melakukan sesuatu

perkara.

Tetapi dia akan menjawab dengan menyatakan, Seri tak mahu jadi macam Yazid, yang

hanya mampu buat satu perkara sahaja dalam satu masa dan cepat keliru bila berada

dalam situasi yang memerlukan penumpuan yang tidak sehala dan pelbagai.

Kerana itu dia tidak hairan dengan keputusan Yazid untuk berpisah dengannya kerana

itulah sikap Yazid.

Sebenarnya Yazid tidak sedar sikap yang seperti itu akan menyebabkan dia menjadi

seseorang yang tidak kuat menerima tekanan dan akan menyebabkan dia akan menjadi

seorang yang cepat buntu di dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

Lain dengan diri aku, kerana aku ini degil dan keras hati walaupun kadang-kadang

aku berada dalam situasi yang orang lain akan menyerah kalah dan buntu untuk

meneruskannya tetapi aku tetap akan memandang perkara itu sebagai satu cabaran

yang perlu ditempuh walau sesukar manapun ia, kerana sebagai seorang Islam, aku

perlu bersikap optimistik dan sentiasa berbaik sangka dengan Tuhan.

59

Bagaimanapun Yazid banyak membantu dirinya di dalam pelajaran kerana Yazid

mengajarnya lebih serius dan fokus dan bila dia menjadi serius dan fokus, dengan itu

dia mampu mendapat keputusan yang lebih cemerlang.

Rupanya dalam hidup manusia itu dia mendapat kesempurnaan jika berurusan dengan

sesuatu yang berbeza dengannya itulah hikmahnya Allah jadikan sesuatu makhluk itu

berpasangan, lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Yazid kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD seperti dirinya juga. Seri

mengharapkan Yazid tabah menghadapi suasana pembelajaran PhD yang

memerlukan ketahanan fizikal, mental dan spiritual itu.

Dia sedikit runsing kerana mengetahui Yazid tidak begitu sesuai dengan suasana

musim sejuk kerana dia menghidap penyakit asma dan tidak tahan dengan kedinginan

yang keterlaluan.

Yazid pula keseorangan di sana kerana isterinya tidak mengikut dia bersama. Dia

cuma dapat mendoakan kesejahteraan Yazid dari kejauhan ini. Doa dari seorang

kawan.

Seri membelek-belek majalah Anjung Seri yang menjadi bahan bacaannya di waktu

lapang.

Dia melihat dekorasi yang dipaparkan di dalam majalah tersebut sambil melakar dan

mencari idea untuk menghiaskan rumah barunya. Dia sebenarnya cukup berminat

dengan bidang hiasan dalaman dan mempunyai cita rasa sendiri sewaktu melakukan

hiasan dalaman.

Aku tidak suka meniru bulat-bulat apa yang orang lain buat sebab bagi aku hiasan

dalaman sesebuah rumah itu mesti mengikut keperibadian penghuninya, kesesuaian

dan keselesaan itu yang penting.

60

Dia hairan dengan perangai sesetengah orang yang suka bermegah-megah dan suka

bertanding antara satu sama lain untuk menunjukkan kemampuan masing-masing dari

segi kemampuan mempunyai dan menghias kediaman.

Tidak salah mempunyai rumah yang besar dan selesa tetapi konsep pemilikan

kediaman itu perlulah dimantapkan secara spiritualnya, bukan untuk tujuan

bermegah-megah tetapi untuk tujuan supaya orang Islam tidak dipandang merempat

tetapi berwibawa dan menjadi tempat yang dapat membina dan menyuburkan

suasana kekeluargaan dan masyarakat Islam yang harmoni.

Abuya Ashaari Muhammad sangat mengajar pengikutnya mengenai kebersihan dan

kesucian itu bukan sahaja diperlukan dalam bentuk fizikal tetapi juga yang lebih

penting adalah dari segi kerohaniannya.

Bagaimanapun beliau menyatakan, aspek fizikal itu juga tetap penting kerana usaha

menjaga kebersihan, keselesaan, keindahan dan kesucian secara fizikal itulah yang

akan membawa ke arah kebersihan dan kesucian maknawi atau spiritualnya.

Seri mengetahui bahawa orang rufaqa dilatih dan dididik untuk sangat menjaga

kebersihan premis dan kediaman mereka dan mereka akan ditegur jika mengabaikan

soal ini sehingga kebersihan tandaspun turut dipantau dan dijaga, begitu sekali Abuya

Ashaari Muhammad menekankan soal kebersihan dan kesucian dalam tarbiahnya.

Dia teringat cerita salah seorang ahli rufaqa kepadanya, Kau nak tahu Seri, tandas

bilik Abuya tu kalau orang nak tidurpun boleh, punyalah bersihnya, kata kawannya

itu.

Sebenarnya beliau secara peribadinya telah menunjukkan contoh pemimpin yang

bukan hanya pandai bercakap dan mengarah tetapi terlebih dahulu melaksanakan

dalam diri dan keluarganya sendiri seperti slogan yang selalu dilaung-laungkan sedikit

waktu dahulu dalam kepimpinan kerajaan, kepimpinan melalui teladan.

61

Seri pernah mendengar komentar seorang tetamu yang menyatakan kekagumannya

kepada kepimpinan Abuya Ashaari Muhammad kerana keindahan yang beliau dapat

rasakan bukan sahaja dari tarbiah yang didengarnya dari Abuya Ashaari Muhammad

tetapi ia lahir dan dapat dinikmati secara rohani dan fizikalnya sehingga terasa

walaupun berada di dalam bilik mandi.

Teringat Seri mengenai pengalaman suaminya Aiman sewaktu berkunjung ke sebuah

negara yang diiktiraf sebagai negara Islam iaitu Pakistan. Suaminya menyatakan

betapalah pengotornya suasana di negara tersebut dan sungguh memalukan orang

Islam sendiri di mata masyarakat bukan Islam.

Seri juga pernah terbaca di dalam buku yang ditulis oleh Maryam Jameelah seorang

perempuan Yahudi yang telah memeluk Islam dan tinggal di Pakistan bersama

suaminya. Beliau menegur akan sikap orang Pakistan yang tidak mengikut kehendak

dan tuntutan Islam yang sebenar yang sangat menekankan soal kebersihan dan

kesucian contohnya kebiasaan orang Pakistan yang suka menyemburkan sireh di

setiap permukaan dinding batu bata yang ada di persekitaran bandar atau habit mereka

yang lebih memualkan iaitu kencing merata-rata.

 

Dia terlupa tajuk buku tersebut kerana buku tersebut dibelinya sewaktu dia masih

bersekolah menengah rendah lagi. Mungkin masih tersimpan di rumah ibu bapanya di

kampung buku tersebut.

Memang semenjak kecil lagi dia membiasakan diri untuk membaca buku-buku yang

agak berat kandungannya dan tidak membiasakan diri dengan membaca majalahmajalah

hiburan dan novel picisan kerana dia merasakan ia satu pembaziran masa,

wang dan akal. Tidaklah pula sampai tidak mengambil tahu tetapi dia lebih

meletakkan prioriti ke atas buku dan majalah yang lebih berinfo. Sekali sekala dia

juga membaca majalah hiburan yang dibeli oleh kawan-kawannya.

Sekarang ini pun kalau ada orang yang bertanya kepadanya apa gosip terhangat di

dalam dunia hiburan di Malaysia ketika ini, dengan senang sahaja dia dapat

menjawabnya.

62

Apa susahnya, semua gosip sepanjang minggu boleh diakses dalam surat khabar

perdana mingguan di Malaysia ini.

Hebat sungguh surat khabar masa kini penuh dengan gosip, Seri tersenyum sendirian.

Aku suka jika sesebuah rumah itu kelihatan selesa dan lapang. Tidak perlu banyak

perabot tetapi cukup untuk keperluan seisi keluarga. Aku ada banyak koleksi gambar

pemandangan dan khat yang memerlukan kreativiti untuk menggantungkannya di

sudut yang sesuai dan memerlukan pencahayaan yang tepat supaya keindahan

gambar-gambar tersebut dapat dinikmati.

 

Seri cukup tertarik dengan sebuah gambar cat minyak pemandangan tepi laut yang

dibelinya kerana ia berlatarbelakangkan warna kegemarannya iaitu biru muda.

Elok jika digantungkan di ruang makan kerana ruang itu dicat dindingnya warna

hijau epal dan kuning pastel.

Hijau dan biru satu gabungan yang harmoni tentulah mendamaikan suasana sewaktu

menikmati hidangan sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dari pintu sliding

yang dibina khas untuk ruang makan tersebut. Lagipun ia satu ruang penting sewaktu

meraikan tetamu.

Seri memang sengaja membina pintu sliding di ruang makan tersebut kerana mahukan

udara segar menemani suasana ruang makan.

63

Aku memang suka bermain dengan warna-warna kerana dengan itu aku dapat

membina satu keseimbangan mengikut kesesuaian ruang yang akan didekorasi supaya

ia nampak serasi dan hidup. Bagiku, hiasan dalaman adalah manifestasi perasaan

individu itu, ia menggambarkan keperibadiannya. Ia perlukan perincian dan

perancangan yang menyeluruh tidak sekadar susun atur yang caca merba. Walaupun

aku ini sukakan kepelbagaian dan tidak terlalu fokus tetapi aku amat mementingkan

hubungkait dan keseimbangan. Cuma mungkin kadang-kadang aku perlu berhati-hati

supaya tidak jadi terlalu inginkan kesempurnaan kerana ia akan menimbulkan

ketegangan pula.

Hidup ini harus ada sedikit kelenturan jika tidak kita akan memberi satu tekanan

kepada diri kita dan juga kepada orang lain. Belajar untuk menerima dan

menghormati pendirian dan pegangan orang lain yang berbeza dengan pandangan

dan pegangan kita juga memerlukan sifat kelenturan ini, cuma perlu diseimbangkan

hingga jangan sampai menafikan dan menggoyahkan pendirian sendiri.

Seperti aku dan Yazid, walaupun tidak sama sefahaman tetapi kami tetap

menghormati pendirian masing-masing, yang penting sebagai seorang kawan kami

sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebaikan diri masing-masing.

Rasulullah SAW mengajar kita mengenai Islam yang bersifat love and care, bukankah

itu yang baginda didik umatnya sehingga dalam sejarah hidup Rasulullah SAW

walaupun berpuluh kali beliau terlibat dalam peperangan namun tidak pernah

sekalipun beliau membunuh musuhnya. Dan kerana sifat love and care itu jugalah

ramai musuh islam yang tersungkur dengan akhlak baginda dan bukan tersungkur di

mata pedang lalu mereka menerima Islam dengan rela hati.

Itulah sunnah Rasulullah SAW di dalam kehidupan bermasyarakat bukan seperti

pejuang islam hari ini yang membawa kepada ketakutan dan huru hara di tengah

masyarakat awam dengan pengeboman, penculikan dan sebagainya ke atas orang

awam. Itulah juga sunnah yang diikuti oleh para sahabat, tabien dan tabiut tabien yang

menyebabkan dalam tiga kurun pertama Islam telah dapat menguasai ¾ dunia.

Zaman kegemilangan tamadun dunia yang telah tercatat dalam tinta emas sejarah

peradaban dunia dan tidak pernah dapat ditandingi hingga ke hari ini.

64

Bisakah ia berulang kembali, sejarah kegemilangan itu? Seri bertanya kepada

dirinya.

Aku yakin kerana Rasulullah SAW sendiri bersabda dalam hadisnya bahawa Islam

akan kembali gemilang buat kali kedua di hujung zaman ini,

Seri yakin dengan sepenuh hati dan mendoakan agar dirinya dan keturunannya samasama

dapat menikmati zaman tersebut.

Malam itu Seri membuka e-mel yang sampai kepadanya, dia kembali membaca e-mel

yang dihantar oleh Yazid kepadanya beberapa hari yang lalu. Dia tidak tahu apakah

perlu dijawab atau tidak e-mel tersebut atau biarkan sahaja tanpa dibalas.

Ah ! serba salah rasanya aku untuk membuat keputusan, bisik hati Seri.

Pada mulanya dia memang gembira kerana menerima berita dari Yazid itu. Setelah

empat tahun tanpa khabar berita, tentu sahaja e-mel itu memberikan keceriaan

kepadanya yang selalu terkenangkan Yazid. Tetapi anehnya, dia kembali memikirkan

dan menilai kembali realiti yang perlu dihadapinya.

Yazid, engkau tidak tahu betapa sengsaranya aku setelah kita berpisah dahulu,

betapa aku berhempas pulas mengubat hati sendiri tanpa siapa dapat aku mengadu

tentang kelukaannya, aku rasa cukuplah sekali ia berlaku dalam hidupku.

Aku tidak mampu untuk menghadapinya lagi buat kesekian kalinya, Seri terkenang

kembali tragedi itu.

Mungkin Tuhan mahu beri aku peluang untuk memberitahu kepada Yazid tentang

kesengsaraan yang aku hadapi itu, tapi apa gunanya lagi, Seri bertanya kepada

dirinya.

Memang aku tidak pernah melupakan Yazid, tetapi Yazid yang aku ingati itu adalah

Yazid yang hidup dalam kenangan bukan Yazid yang hidup dalam realiti.

Mungkin kadang-kadang aku keliru di dalam membezakan Yazid yang di dalam

kenangan sehingga aku menyimpan impian untuk bertemunya kembali, getus hati Seri.

65

Padahal, dia sudah menganggap Yazid sudah mati dalam alam realiti jika masih wujud

dia sudah tidak kenal siapa Yazid itu walaupun dia masih bernama Mohd Yazid bin

Mohd Anuar.

Ya, betapa hatinya begitu terluka dengan perbuatan Yazid yang meminta perpisahan

dan terus menyepikan diri darinya suatu ketika dahulu telah memaksa dia

menganggap Yazid sudah mati, yang hidup hanya kenangan lama yang tersimpan jauh

di sudut hatinya.

Yazid tidak ada lagi, dia hanya tinggalkan aku kenangan manis untuk aku kenang

sehingga ke akhir hayat, Seri menyeka air matanya yang turun dengan laju tanpa

dapat ditahan lagi.

Mengapa kau hadir kembali Yazid, cukuplah, kehadiranmu hanya sebagai duri dalam

alam realiti, aku tidak bisa dan mampu lagi menerima kenyataan kau masih wujud,

walaupun sebagai kawan.

Izinkan aku menyendiri dan menjauhkan diri darimu untuk selama-lamanya kerana

aku hidup bahagia menyimpan kenangan indah yang pernah kita pahat bersama.

Seri sedar hati perempuan memang lembut dan penuh dengan kasih sayang tetapi jika

ia terlalu dilukakan maka hati itu akan jadi beku dan begitu dingin.

Yazid maafkan aku, aku tidak dapat lagi menerima kehadiranmu dan berhubungan

denganmu lagi, bisik hati Seri sayu.

Inilah e-mel pertama dan terakhirku untukmu wahai Yazid supaya kau tahu bahawa

aku juga bukan Seri yang kau kenali dulu.

Kau hanya kenal Seri seorang gadis yang naif, yang penuh dengan harapan dan

impian, yang kau belai dengan janji-janji tetapi akhirnya kau robekkan hatinya yang

suci dan tulus itu padamu dengan begitu kejam dan kau tinggalkan dia sendirian

mengubat hati sendiri.

Tetapi aku tidak pernah membencimu Yazid kerana tidak pernah wujud benci dan

dendam di hatiku terhadapmu cuma aku tidak mampu lagi mengenang kembali dirimu

dalam realiti. Maafkan aku.

Aku juga punya harga diri dan bukan boneka yang dibelai bila diperlukan dan

dibuang bila tidak diperlukan, aku hanya insan biasa yang ada perasaan.

66

Seri cuba mengadap komputer dan membuka emel untuk membalas kembali emel

Yazid tersebut.

Tetapi dia merenung jauh menilai mainan bicara hatinya sebentar tadi.

Ermm, sebenarnya aku terlalu mengikut perasaan, mungkin ada kemarahan yang

terselit di sebalik luahan perasaan itu.

Ya, aku insan biasa, yang punya 1001 kelemahan, sepatutnya aku harus bermuhasabah

dan menilai ke dalam diri dahulu sebelum meletakkan sebarang prasangka dan

tanggapan pada insan lain.

Sepatutnya aku harus bersangka baik dengan Yazid, dia hanya bertanya khabar dan

menceritakan keadaan dirinya ketika ini. Yang berlalu antara kami, biarlah berlalu,

kenapa aku harus menoleh ke belakang, mengimbau kenangan lama itu kembali,

adakah aku tidak redha dengan takdir Tuhan ke atas diriku?.

Ya, Tuhan aku bersalah, aku lupa bahawa setiap ketentuan yang berlaku dalam hidup

adalah di atas takdirMu.

Aku ini rupa-rupanya tidak dapat redha dan sabar dengan takdirMu itu, alangkah

lemahnya imanku ini, ampunkan aku ya Allah, Seri berbisik sendiri.

Sememangnya untuk sabar dan redha memang senang untuk diucapkan tetapi untuk

mengamal dan melaksanakannya dengan ikhlas adalah perkara yang paling sukar

untuk seseorang itu.

Seringkali nafsu amarah dalam diri menguasai lantas menjadikan seseorang itu lupa

untuk berlaku sabar dan redha apatah lagi untuk melupakan sahaja ketentuan takdir

yang menyakitkan hati dan perasaan itu dari dalam hati sendiri. Itulah diriku yang

lemah iman dan takwa ini, Seri bermonolog sendiri.

Seri tidak jadi untuk menulis emel tersebut.

Mungkin aku perlu masa untuk mengubat kemarahan tersebut dan menenangkan hati

sendiri sebelum aku membalasnya, bisik hatinya.

Aku perlukan masa untuk itu, biarlah Yazid menunggu jawapan daripadaku itu kerana

itu adalah lebih baik kerana Yazid juga pernah berkata kepadaku, time is a good

healer.

Sebenarnya, aku yang sengaja tidak mahu memahami Yazid. Yazid tidak pernah

mempunyai niat yang tidak jujur kepadaku, dia lebih memikirkan kebahagiaan diriku

dari dirinya sendiri.

67

Cuma aku yang sengaja tidak mahu memahaminya, mungkin Yazid lebih menyayangi

aku dari aku menyayangi dirinya sebab itu aku menaruh prasangka kepadanya, Seri

menghela dengan berat nafasnya.

Perlahan-lahan Seri, menutup kembali inbox emelnya dan memadamkan

komputernya.

Seri terkenangkan perjalanan hidupnya selama ini. Dia sendiri tidak menyangka

dirinya mampu berada di dalam kedudukan sekarang ini memandangkan persekitaran

pembelajaran beliau di awal persekolahan tidak memberangsangkan. Sebagai pelajar

yang tinggal di sebuah kampung kecil di sebuah negeri di Pantai Timur yang jauh dari

kemodenan, segala kemudahan agak sukar didapati.

Semenjak sekolah rendah lagi, beliau terpaksa menunggang basikal sejauh 2 kilometer

untuk sampai ke tempat perhentian bas dan menaiki bas ke sekolah yang terletak

sejauh 14 kilometer dari kampungnya. Seawal enam pagi, beliau akan mengayuh

basikalnya seorang diri di dalam kedinginan dan kegelapan subuh di atas jalan tanah

merah yang tidak bertar di kampungnya itu. Hanya dengan keberanian dan

kesungguhan serta semangat sahaja beliau dapat menghadapi suasana tersebut kerana

jika difikirkan kembali betapa bahayanya situasi tersebut ke atas keselamatan seorang

anak kecil.

Mungkin pengalaman-pengalaman itu menjadikan dia menjadi seorang yang berani

dan tahan menghadapi cabaran.

Kadang-kadang sifat aku yang degil dan kerashati ini banyak membantu juga

menghadapi situasi-situasi yang sukar seperti itu, getus hatinya.

Dia terkenang betapa azabnya menunggang basikal sewaktu hujan turun dengan

lebatnya di atas jalan tanah merah yang kiri kanannya hanyalah semak-semak dan

pohon-pohon besar yang menemani sepanjang perjalanannya.

Kadang-kadang dalam keterlekaan, dia terlanggar batu besar di tengah jalan atau

termasuk ke dalam lopak air yang dalam dan menyebabkan dia dan basikalnya

terhumban jatuh dan mengalami kecederaan.

Mujur juga tidak pernah berlaku kecederaan yang serius terhadapku, teringat lagi

kisah aku hampir-hampir tercampak ke dalam tali air disebabkan tayar basikalnya

68

terjerlus kerana melalui kayu jambatan yang sudah reput, kalau tidak tak pasal-pasal

aku kena mandi sungai hari tu, Seri tersenyum terkenangkan peristiwa itu.

Kalau kawan-kawan di sekolahnya yang kebanyakan dari bandar, tidak pernah melalui

pengalaman yang beliau lalui itu. Mereka datang dengan keadaan yang kemas, kasut

yang bersih dan baju yang bergosok sedangkan aku tidak mungkin dapat sekemas itu

memandangkan perjalanan ke sekolah yang sungguh mencabar itu. Bagaimanapun, itu

tidak bermakna aku ketinggalan dari mereka, malah aku selalu menjadi antara pelajar

terbaik di dalam kelas.

Seri terkenangkan Yazid yang juga berasal dari sebuah kampung yang agak mundur.

Seperti dirinya yang pernah menjadi pelajar terbaik di sekolahnya, Yazid juga pernah

menjadi pelajar terbaik disekolahnya di kampung sewaktu SPM.

Dia teringat Yazid pernah menunjukkan buku yang diperolehinya sebagai hadiah

kerana menjadi pelajar terbaik disekolahnya itu. Dia masih ingat tajuk buku itu,

Mengenal Tuhan oleh Bey Ariffin.

Walaupun, membaca hanya bertemankan pelita minyak tanah yang berjelaga

disebabkan kemudahan elektrik belum sampai ke daerah kampungku yang terpencil

itu tetapi mungkin kerana nyalaan pelita itulah aku lebih fokus di dalam

mengulangkaji pelajaran, getus hatinya.

Ayah beliau bukanlah bekerja kampung tetapi bekerja di jabatan kerajaan di bandar

tetapi mereka sekeluarga lebih betah tinggal di kampung walaupun di kampung

kemudahan infrastruktur agak mundur.

Ibu bapanya banyak mengajar dirinya untuk hidup secara sederhana dan seadanya

walaupun mereka mampu hidup lebih senang lagi.

Mungkin juga itu satu didikan Tuhan yang sudah ditakdirkan ke atas diriku, supaya

aku belajar hidup susah dan mempunyai semangat juang yang tinggi dalam diri, bisik

hatinya.

Sebenarnya sewaktu itu, aku tidak pernah menganggap pengalaman itu sebagai satu

kepayahan malah aku sebenarnya tidak pernah bersungutpun kepada ibubapa untuk

mendapat kehidupan persekolahan yang lebih menyenangkan, agaknya aku seronok

berkayuh basikal pagi-pagi buta, naik bas ke sekolah dan sebagainya, Seri cuba

mengingati semula keceriaan yang dilaluinya semasa zaman persekolahan tersebut.

Yang paling dia tidak lupa ialah satu perangainya yang suka tidur di dalam bas.

Pernah pada satu petang sewaktu itu di sekolahnya ada aktiviti petang, dia menaiki bas

yang terakhir untuk balik ke rumahnya. Mungkin kepenatan kerana aktiviti sukan pada

hari itu menyebabkan dia tertidur lena di dalam bas sehingga tidak sedar telah terlepas

perhentian yang perlu dia turun.

69

Sedar-sedar bas sudah berhenti di perhentian terakhirnya hari itu. Nasib baik pemandu

bas itu kerana kasihan kepadanya sanggup untuk berpatah balik untuk menghantarnya

ke destinasi yang sepatutnya dia berhenti.

Ah, semua itu kenangan manis bila dikenang semula. Ia sebenarnya lebih manis dari

kenangannya sewaktu bersekolah asrama penuh.

Di situ, segala kemudahan dapat diperoleh dengan senang dan mereka diberi peluang

yang terbaik dan persekitaran yang terbaik untuk pembelajaran. Bagaimanapun, setiap

tempat ada kenangannya tersendiri, di sekolah berasrama penuh dia belajar untuk

hidup berjauhan dari keluarga dan berdikari. Belajar untuk bergaul dengan rakan

sebaya, belajar untuk hidup dalam satu komuniti yang besar, belajar untuk hormat

menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain, belajar untuk memberi

perhatian dan tidak bersikap mementingkan diri, belajar untuk berkongsi dan

sebagainya.

Sebab itu hubungan dengan kawan yang tinggal bersama di dalam satu asrama lebih

rapat dengan hubungan kawan yang hanya bersama semasa waktu persekolahan

sahaja, getus hatinya.

Kadang-kadang hubungan dengan kawan seasrama lebih rapat dari hubungan adik

beradik sendiri, fikirnya. Apatah lagi diriku yang hanya anak tunggal di dalam

keluarga, bisik hatinya. Dah nasib aku jadi anak tunggal kerana aku dijadikan anak

angkat oleh ibubapanya yang tidak mempunyai anak sendiri semenjak dia berumur

seminggu lagi.

Bagaimanapun, aku bernasib baik kerana yang menjadi ibu bapa angkatku sekarang

ialah bapa saudaraku sendiri. Ibuku yang sebenar adalah adik perempuan kepada

bapa angkatku sekarang. Jadi tidak ada masalahlah dari segi hubungan kerana kami

masih muhrim, getus hati Seri.

70

Jikalau aku dipelihara oleh keluarga yang tidak mempunyai hubungan darah dengan

kedua ibu bapaku yang sebenar, tentu wujud masalah juga dari segi syariat, fikirnya

lagi.

Syukurlah pada Tuhan yang telah merencanakan sedemikian rupa, getus hatinya.

Menjadi anak tunggal ada buruk dan ada juga baiknya, Seri merenung kembali kisah

hidupnya. Selalu orang mengatakan menjadi anak tunggal menyebabkan seseorang

itu menjadi seseorang itu manja dan tidak pandai berdikari. Tetapi semua itu

bergantung kepada pembawaan diri masing-masing juga, getus Seri.

Kadang-kadang anak tunggal lebih pandai berdikari kerana dia tahu dia tidak boleh

bergantung kepada sesiapa dalam hidup, tidak ada abang atau kakak yang boleh

dijadikan sandaran untuk membantu.

Rasulullah SAWpun ditakdirkan sebagai anak tunggal juga, tentu banyak

keistimewaan menjadi anak tunggal ini jika betul konsep yang dilaluinya.

Selepas SPM dulu sepatutnya aku boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi

disebabkan aku anak tunggal, ibu bapaku lebih mengkehendaki aku belajar di dalam

negara sahaja, sebab mereka merasa keberatan melepaskan aku belajar jauh ke

negara orang, fikir Seri.

Akupun sebenarnya tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka walaupun

hasrat hatiku untuk belajar dan merantau ke negara orang begitu membara sekali, itu

satu pengorbanan yang harus aku balas di atas segala jasabaik mereka memelihara

aku dengan baik selama ini, getus hatinya.

Tetapi rupanya sampai sekarangpun mereka keberatan membenarkan aku untuk pergi

belajar jauh, lebih-lebih lagi bila sudah mempunyai cucu sekarang ini. Biasiswa yang

ditawarkan kepada aku ialah biasiswa untuk belajar ke luar negara dan akupun

sebenarnya sudah ditawarkan tempat dan penyelia di salah sebuah universiti terkenal

71

di UK tetapi akhirnya aku terpaksa akur juga dan berkorban hasrat hati untuk belajar

ke luar negara untuk kesekian kalinya, tidak mengapalah tentu ada hikmahnya di

sebalik pengorbanan aku itu.

Lagipun akupun merasa berat hati meninggalkan mereka berdua sahaja di Malaysia

apatah lagi kedua-dua ibubapaku sekarang sudah tua dan perlu perhatian yang lebih,

siapa yang akan menjaga mereka jika aku tidak ada di Malaysia, fikir Seri lagi.

Seri terkenang kembali emel Yazid yang masih belum dibalasnya.

Tidak patut pula kalau aku membiarkan Yazid menunggu lama balasan e-mel dari

aku, jika terkena situasi tersebut ke atas diriku, tentu aku pun merasa cuak juga, getus

hatinya.

Perlahan-lahan dia membuka inbox e-mel untuk tujuan membalas kembali e-mel dari

Yazid.

Apa yang perlu aku jawabkan?..Ah terasa sukar benar mengatur bicara setelah sekian

lama tidak berhubungan dengan Yazid, dia terdiam di hadapan komputer sambil

matanya terkelip-kelip memandang kosong skrin di hadapannya.

Aku tidak mahu mengungkit lagi kenangan pedih yang ditinggalkan oleh Yazid, yang

berlalu biarkan berlalu, hidup mesti diteruskan.

Kenangan hanyalah kenangan, biarkan sahaja ia tersimpul di dalam lipatan sejarah,

Seri berfalsafah.

Aku akan ceritakan tentang diriku yang sudah berjaya mencapai cita-cita menjadi

seorang pensyarah di sini, dan rupa-rupanya dalam diam-diam Yazid juga kini sama

sekerjaya denganku walaupun berlainan universiti.

Ah, kebetulan yang tidak dijangka sekali lagi, Seri tersenyum mengenangkan bahawa

dia pernah berbual dengan Yazid mengenai kerjaya masing-masing selepas tamat

belajar.

Kini mereka di dalam persekitaran kerjaya yang sama, di Malaysia ini golongan ahli

akademik tidak ramai, nampaknya kami tidak boleh mengelak diri dari terjumpa atau

terserempak di mana-mana seminar atau persidangan sementelah lagi berada di dalam

72

bidang yang sama, jadi aku terpaksa menerima takdir bahawa aku dan Yazid mungkin

akan bertemu.

Sukar juga mengurus hati jika satu ketika dulu ada kenangan yang pernah tercipta,

getus hatinya.

Seri membalas e-mel tersebut dengan ringkas sahaja, masa dan situasi serta perjalanan

hidup yang sudah berubah akan turut merubah bagaimana seseorang itu berfikir dan

bertindak.

Aku bukan lagi Seri yang dulu, antara kami ada benteng dan sempadan yang perlu

dijaga agar tidak runtuh atau goyah. Benteng dan sempadan yang kami sendiri

ciptakan dengan kerelaan masing-masing, tidak perlu disalahkan kepada sesiapa,

masing-masing telah mengambil haluan sendiri, dan itulah takdir. Seri tahu Yazid juga

faham akan erti sempadan itu.

Seri tidak lupa untuk memberi sokongan moral kepada Yazid untuk meneruskan

perjuangannya memperoleh ijazahnya. Sebagai kawan, dia tahu perangai Yazid. Dia

dapat mengagak bahawa Yazid menghadapi sedikit masalah dengan penyelidikannya

sekarang, dan perlu kekuatan mental dan spiritual yang tinggi untuk menghadapinya.

Masakan aku tidak faham kerana aku pun sedang belajar juga seperti Yazid, selama

dua tahun ini, rasanya sudah banyak juga pengalaman yang diperolehnya dan dia

sendiripun semakin lali dengan segala kesukaran dan kesulitan yang perlu dihadapi

semasa menjalankan penyelidikan PhDnya.

Dia teringat sewaktu zaman persekolahan dulu dia mempunyai seorang adik angkat

yang datang dari sebuah keluarga yang miskin. Bagaimanapun, dia melihat secara

tersirat bahawa adik angkatnya itu mempunyai masa depan yang cerah kerana dia

melihat ada ke dalam diri adik angkatnya itu ada ciri-ciri kepimpinan dan

keintelektualan walaupun di dalam usia yang muda.

Sebenarnya umur mereka tidak terlalu berbeza cuma setahun sahaja, dan itu

memudahkan Seri untuk membantu adik angkatnya dengan memberi motivasi dan

berkongsi segala buku dan nota pelajaran kepada adik angkatnya. Kini adik angkatnya

sudah berjaya menjadi seorang guru berijazah dan sedang melanjutkan pelajaran di

peringkat sarjana di dalam bidang pendidikan.

Cuma hubungan mereka sudah tidak serapat dulu bukan kerana masing-masing sudah

melupakan diri masing-masing tetapi Seri merasa serbasalah kerana besar

kemungkinan isteri adik angkatnya tidak memahami perhubungan mereka.

Ah, tidak salah kepada isterinya kerana itu perangai biasa perempuan, akupun

perempuan tetapi apalah yang hendak dicemburukan dengan aku ini, kalaulah aku ini

dulu memang ada melibatkan perasaan lebih dari hubungan kakak dan adik sudah

tentu kami sudah bercinta, getus hati Seri.

Tetapi hubungan mereka berdua memang telus dan tulus, Seri memang benar-benar

menganggap adik angkatnya seperti adiknya sendiri dan kasih sayang itu tetap tidak

73

pernah berubah sehingga kini. Memang benar firasatnya dulu, adiknya memang

seorang yang berketerampilan di dalam bidang kepimpinan dalam kerjayanya.

Ilham itu dari Allah SWT juga, siapa sangka seorang budak kampung yang miskin dan

dibela oleh datuk dan nenek yang tua akan berjaya seperti hari ini, adiknya sudah

membuktikan bahawa kemiskinan bukanlah penghalang untuk seorang itu cemerlang

dan membawa keluarganya keluar dari kancah kedaifan. Melihat kejayaan adiknya itu,

sudah cukup membahagiakan Seri walaupun kini mereka jarang sekali berhubungan

lagi.

Ya, tidak ada istilah putus asa atau mengalah dalam kamus perjuangan hidup ini,

pengalaman hidup telah banyak mengajar aku menjadi seorang yang tegar walaupun

kadang-kadang mustahil atau luar biasa di dalam pandangan orang lain, tetapi bagi

diriku tidak ada istilah mustahil jika diri seseorang itu ingin melakukannya, ketentuan

dan takdir Allah SWT tidak ada mustahil, selagi Allah SWT mengizinkan tidak ada

kuasa lain yang dapat menahan dan menghalang cita-cita dan impianku, Seri

berfalsafah lagi.

Kadang-kadang untung juga jadi seorang yang keras hati ini jika betul dan tepat

pelaksanaannya ke arah perkara yang positif, getus hati Seri.

Beberapa hari yang berlalu, Seri sibuk dengan urusan seharian di luar sehingga

kesempatan untuk melayari internet dan membuka e-mel terpaksa ditangguhkan. Hari

ini dia kembali berpeluang melayari alam siber dan membuka kembali e-mel yang

dihantar kepadanya.

Seri terlihat ada balasan e-mel dari Yazid.

Cepat-cepat dia membuka e-mel tersebut dan membacanya. Agak panjang cerita

Yazid di dalam e-mel tersebut. Dia memberitahu Seri bahawa dia sudah mengetahui

bahawa Seri berjaya menjadi seorang pensyarah dan sudah berkahwin.

Ermm, aku dan Yazid dulu ada belajar mengenai subjek Capaian Maklumat

(Information Retrieval) dengan Prof. Tengku tentu hal-hal untuk mendapatkan info

dari internet tidak menjadi masalah kepadanya.

Cuma sama ada mahu atau tidak mahu sahaja dan dengan sedikit luck dan sedikit

tekaan, senang sahaja kita memperoleh data-data peribadi mengenai diri seseorang.

Apatah lagi ahli akademik seperti aku, setiap kertas kerja dan penganugerahan akan

diwarwarkan di dalam laman web universiti oleh pihak fakulti, maka senang sahaja

sesiapa juga untuk mengakses maklumat mengenai diri aku, getus hati Seri.

Sesuatu yang mengejutkan Seri ialah Yazid menyatakan dia akan kembali semula ke

Malaysia tidak lama lagi. Dia terpaksa menghabiskan tahun akhir pengajiannya di

Malaysia kerana masalah kesihatan yang dialaminya. Dan yang lebih memeranjatkan

Seri adalah Yazid akan menyambung pengajiannya di universiti yang sama di mana

dia sedang melanjutkan pelajaran PhDnya sekarang, iaitu universiti yang sama yang

telah mempertemukan mereka suatu masa dahulu.

74

Mengapa terlalu banyak kebetulan dalam hidup kami?…Adakah Tuhan masih mahu

menguji aku? Seri termenung memikirkan berita yang tidak disangkanya itu.

Yazid wahai Yazid, jika dulu kita bersama di universiti itu sebagai kawan, kini kau

kembali semula sebagai kawan juga. Itulah takdir untuk kita, Seri berbicara sendiri.

Mungkin tasik itu merindui kehadiran kita berdua maka ia menjemput kita kembali ke

sisinya. Air tasik yang keruh itu sehingga dasarnya tidak dapat ditelah dalamnya itu

menyimpan 1001 rahsia hati kita berdua, dan sekeruh itu jugalah hatiku kerana aku

sendiripun tidak pasti dan tidak dapat menduga hati sendiri.

Muga aku dapat menerima kehadiranmu kembali sebagai kawan dengan seadanya,

mengelakkan diri dari dirimu adalah sesuatu yang mustahil.

Selamat kembali Yazid. Aku tetap Seri yang masih ceria dan suka berjenaka, itulah

sifatku yang tidak pernah berubah. Aku gembira kau kembali sebagai seorang kawan,

kerana suatu ketika dulu, aku cukup bahagia mendapat seorang kawan yang

senakalmu.

Aku tidak pasti adakah masa dan situasi telah merubah sikapmu tetapi di dalam

kenangan, engkau adalah Yazid yang sentiasa menceriakan aku.

Masa Menemukan Masa Memisahkan

Telah Begitu Ditakdirkan Tuhan

Kini Kau Di sana dan Aku Di sini

Melayari Hidup Sendiri

Namun Daku Tetap Mempercayai

Tak Perlu Direncanakan

Suatu Masa Suatu Ketika

Kita Akan Bertemu Semula

Mungkin ada hati yang akan bergetar lagi

Namun, Tuhan berilah kami kekuatan

75

Biarpun satu ketika kita pernah terhenti di satu persimpangan, dan kau dan aku

memilih susur jalan yang berbeza tetapi perbezaan itu bukanlah penamat sebuah

persahabatan.

Sebuah persahabatan adalah lebih utuh dan bermakna dan perbedaan itu tidak akan

menjadi penghalang jika fitrah manusia yang baik itu disuburkan. Setiap dari kita

yang hidup didunia ini adalah untuk menyahut panggilan tanggungjawab dan amanah

dari Tuhan. Tanggungjawab kita adalah untuk menjadi hamba kepadaNya dan

menjadi khalifah di muka bumi ini berdasarkan konsep habluminallah dan

habluminnannas.

Seri berjanji kepada dirinya bahawa akan terus berjuang untuk menjadi seorang

manusia yang meletakkan Tuhan sebagai cinta Agung dan menghayati serta

mengamalkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang sesempurna yang boleh di

dalam dirinya.

Dia kini semakin aktif di dalam jemaah Rufaqa dan mempunyai tanggungjawab di

dalam jemaah tersebut. Dia tahu bukan senang untuk berjuang, kerana setiap yang

dinamakan perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan masa, tenaga, wang

ringgit, hati, perasaan dan segala-galanya.

Bagaimanapun sebenarnya itu adalah cita-citanya selama ini, memang dia mempunyai

hati seorang pejuang kerana jika diselusuri sejarah hidupnya, keturunannya adalah

pejuang-pejuang yang telah berkorban segala-galanya demi menegakkan keadilan.

Jika suatu ketika dahulu perjuangan mereka adalah melepaskan agama, bangsa dan

negara dari penjajahan penjajah yang menjajah secara fizikal kini dia menyambung

perjuangan itu kembali dengan cuba melepaskan agama, bangsa dan negaranya dari

penjajahan berbentuk moden iaitu penjajahan minda dari musuh-musuh Islam dan

orang Islam yang munafik.

Penjajahan mental dan spiritual yang sedang berlaku ke atas umat Islam oleh bangsa

Barat kini, adalah hasil perjuangan yang terancang rapi sekian lama. Kejayaannya

sedang mereka kecapi kini. Alangkah bangganya Yahudi dan Nasrani melihat

keadaan umat Islam kini yang bukan sahaja tidak menegakkan Islam, malah

berprasangka dengan agama anutan mereka itu.

Suasana inilah yang mereka idam-idamkan sebagaimana yang telah disebut oleh

Rasulullah SAW dalam sabdanya

“Akan tiba masanya umat Islam akan dikeronyok oleh musuh seperti si pelahap

menghadapi makanan dalam dulang”

Penyakit yang menyebabkan mereka jadi selemah dan sehina itu ialah al wahan yakni

cinta dunia dan takut mati. Penyakit yang dirancang oleh Yahudi dan Nasrani khusus

untuk diinjek ke dalam jiwa umat Islam. Dengan suntikan itu, iman tercabut dari hati

dan akar umbinya. Lagipula umat Islam sudah lemah.

76

Demi untuk memusnahkan ajaran Islam yang tulen, mereka bersungguh-sungguh

dalam memburuk-burukkan ajaran Islam. Untuk itu, mereka mengkaji AlQuran,

Hadis, kitab-kitab ulama dan sejarah Islam, dengan maksud menyelewengkannya dari

bentuk asal. Fakta-fakta sejarah dan data-datanya diputar dan dipesongkan.

Penyelewengan dan pemesongan itu disebarkan ke seluruh dunia melalui mediamedia

mereka dalam berbagai-bagai bahasa dan cara. Jabatan-jabatan agama juga

mereka yang tubuhkan dan kendalikan, yang fugsinya dibataskan kepada urusan

nikah kahwin, pembahagian pusaka dan pemungutan zakat. Dasar inilah yang

berjalan sampai kini.Kalu berubah pun sedikit sahaja.Sebab itu umat Islam hina.

Firman Allah:

“Apakah kamu ambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang

lain.Tidakkah sikap demikian itu melainkan akan mendapat kehinaan di dunia. Dan di

akhirat akan dihumbankan pada azab yang pedih.”

Al Baqarah: 85

Ajaran TASAUF yang menjadi ROH atau tunjang ajaran Islam diserang habishabisan

oleh orang-orang Barat. Mereka mahu Islam cuma tinggal lahirnya atau

RANGKAnya sahaja. Agar dengan itu kekuatan untuk beragama hilang dari jiwa dan

fikiran umat. Tasauf dikatakan datang dari ajaran Parsi, Hindu, kristian dan

sebagainya. Orang-orang yang bertasauf dituduh bidaah dan sesat. Ulama-ulama

muktabar disangsikan dan ditolak ajarannya.

Fahaman inilah yang disambung oleh ulama-ulama Islam terutama mereka yang

mendapat didikan dari Barat atau yang terpengaruh dengan pandangan orang-orang

Barat. Walhal selain tasauf, bermacam-macam perkara bidaah yang datang dari

Barat telah ditiru oleh umat Islam seperti dedah aurat, akhlak liar, pelacuran, arak,

membangunkan patung-patung [contohnya patung pemimpin], judi dan sebagainya,

tidak pula dimomok-momokkkan.

Hasil dari usaha-usaha gigih musuh-musuh Allah itu, maka jadilah umat Islam kini,

namanya saja yang Islam tetapi sikapnya sangat bertentangan dengan Islam. Politik

amalan mereka bukan politik Islam tetapi politik demokrasi Barat. Boleh hinamenghina,

lobi-melobi, fitnah-memfitnah dan membeli undi

Sekarang di Malaysia istilahnya politik wang yang bertentangan dengan Islam.

Ekonomi kapitalis mereka penuh dengan tipu daya dan riba, budaya hidup mereka

ialah budaya jahiliah yang jauh bezanya dengan Islam. Hidup mereka berpecah belah

dan berkasta-kasta.

Agama mereka cuma tinggal sembahyang, puasa dan haji sahaja. Itupun ala kadar

sahaja. Boleh tahan juga; sesetengahnya langsung tidak sembahyang, puasa, apalagi

menunaikan haji. Islam hanya disimpan di dalam almari-almari bersama-sama kad

pengenalan atau sijil kelahiran. Terhadap musuh Islam dilayan bagaikan seorang

yang sangat berjasa dan dikasihi. Dijadikan tempat rujuk; seperti kerajaan Saudi

77

yang tidak malu-malu menjemput tentera Amerika ke negaranya semasa Perang

Teluk.

 

Petikan : Barat Di Ambang Maut ; Ustaz Ashaari Muhammad 

Biarpun akan terhina dan tidak dikenali, itu tidak mengapa, kerana bukan nama,

pangkat atau dunia yang diburunya tetapi adalah semata-mata mencari keredaan

Tuhan.

Hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan mengejar dunia semata-mata, akhiratlah

matlamat yang abadi. Namun jalan ke arah itu penuh dengan ujian dan dugaan, ada

ketikanya dia terjelepuk jatuh, tersadung kaki, tergelincir dan terjerumus, tetapi setiap

kali itu juga dia akan kumpul kembali kekuatan atas nama iman dan taqwa dan dengan

berkat tawasul kepada orang-orang Tuhan.

Seri teringat pesanan Imam al Ghazali RH yang dikhusukan kepada para pejuang

kebenaran.

“Jika engkau mahu mengikut petunjuk para Imam, kuatkanlah dirimu untuk menerima

musibah-musibah dengan jiwa yang tabah, sewaktu menghadapi setiap kepahitan,

dan dengan hati yang sabar, walaupun dadamu bergoncang.

“Lisanmu dikunci, matamu dikendalikan, rahsiamu disembunyikan hanya untuk

diketahui oleh Tuhanmu sahaja.

“Namamu biar tidak terkenal, pintu rumahmu tertutup rapat, bibirmu tersenyum,

perutmu kelaparan, hatimu terluka, pasarmu tiada sambutan, pangkatmu dipendam

dan keaibanmu ditonjolkan.

“Setiap hari kamu menelan rasa pahit daripada pengaruh zaman dan teman,

sedangkan hatimu menurut dalam sedar.

“Pada waktu siang, kamu sibuk mengislahkan manusia tanpa berkira-kira. Malam

pula kamu tenggelam dalam keasyikan kepadaTuhan.

“Ambillah kesempatan pada waktu malam. Jadikannya jalan dan persiapan untuk hari

kiamat yang padanya sukar sekali untuk mencari jalan.”

Bukan mudah untuk berjuang di akhir zaman ini, tatkala Islam kembali gharib di mata

umat Islam sendiri. Itulah peringatan yang diberikan oleh Rasulullah kepada umat

islam di akhir zaman.

Maka sabda Rasulullah SAW, berbahagialah golongan yang gharib itu walaupun

sudah pasti golongan itulah yang akan dikeji dan dihina, disesat-sesatkan dan dibenci

tanpa rasional oleh sebilangan umat Islam hatta di kalangan ulamak sendiripun.

78

Imam Ghazali RA sudah merintis jalan itu, pesanan beliau memang tepat kerana ia

berdasarkan pengalamannya sendiri.

Seri teringat, fitnah mengenai Keilmuan Imam Ghazali ini sampai ke akhir zaman ini

masih belum terhapus, ada sahaja golongan yang akan mempersoalkan keilmuannya.

Di Malaysia ini pun, golongan yang mewarisi fahaman tersebut terus-terusan juga

menyambung fitnah pemimpin mereka di zaman lampau kepada Imam Ghazali RA

dan ulamak-ulamak muktabar dalam ASWJ. Sedangkan jika dibandingkan ilmu

mereka dengan ilmu ulamak-ulamak muktabar ini adalah seperti langit dan bumi.

Ermm, kalaulah seseorang itu dihinggapi penyakit sombong dengan ilmu maka

begitulah jadinya, getus hati Seri.Tidakkah mereka sedar kesombongan itu membawa

kepada syirik khafi,…asyik sangat menyesatkan orang lain lupa hendak muhasabah

diri sendiri, jauhkanlah aku ya Allah dari sikap yang buruk dan membawa kecelakaan

kepada diri sendiri ini, Seri berdoa dengan penuh harapan.

Amalan wirid dan zikir serta solat malam secara istiqomah adalah penghibur kepada

pejuang-pejuang kebenaran. Walaupun ia hanyalah amalan yang sunat dan bukan

diwajibkan tetapi itulah cara pejuang kebenaran memperoleh kelebihan dari segi

maknawi bagi menghapus penyakit-penyakit mazmumah dan cinta dunia yang

bersarang di hati.

Musuh yang paling dahsyat kepada setiap orang islam itu bukan orang kafir atau

yahudi tetapi nafsu yang berada di dalam diri itu sendiri. Ia perjuangan dan

peperangan yang berterusan sehingga ke hujung nyawa.

Ibarat batu yang diselumuti lumut maka jika ia disapu dan dibersihkan setiap hari,

maka satu ketika mungkin ia akan bersinar juga. Begitulah segala ibadah yang

dilakukan berterusan.

Umat Islam yang melakukan ibadah sunat secara istiqomah dengan umat islam yang

hanya melakukan ibadat yang wajib sahaja ibarat dua orang khadam yang sama-sama

berkhidmat kepada tuannya. Seorang bekerja mengikut masa yang ditetapkan dan

seorang lagi bekerja tidak kira masa kepada tuannya tanpa meminta sebarang balasan

sedikitpun di atas kerja tambahan yang dilakukannya. Tentulah khadam yang

membuat kerja tambahan itu akan lebih disenangi oleh tuannya, itulah tamsilan umat

Islam yang banyak melakukan ibadah sunat tanpa mengira fadilat dari Tuhannya

tetapi semata-mata mencari keredhaan Allah SWT sahaja. Berbahagialah golongan

ini.

Seri terkenang dirinya.

Moga-moga Tuhan akan mengampuni diriku yang terlalu banyak berdosa ini, Seri

berdoa dengan penuh sayu sambil air matanya mengalir mengenangkan kedaifan dan

kelemahan dirinya sebagai hambaAllah yang tidak pandai bersikap seperti selayaknya.

79

Terasa kerongkongnya seakan tersumbat dek kerana kesedihan yang menjalar ke

seluruh urat nadinya.

Seri membiarkan sahaja hatinya berbicara.

SEKIAN.

Jumaat 23 Jun 2006 1.01 tengahari.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: